• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kawbra - Kenderaan Darat Tanpa Pemandu dengan Enjin Elektrik Pertama Buatan Tempatan

Kawbra - Kenderaan Darat Tanpa Pemandu dengan Enjin Elektrik Pertama Buatan Tempatan

March 29, 2022 By Farah Leave a Comment

640
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN Darat Tanpa Pemandu (UGV) pertama buatan tempatan dengan nama 'Kawbra' ditayangkan kepada umum buat kali pertama sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia 2022, semalam.

Kawbra ialah kenderaan yang direka untuk menyelinap ke kawasan berisiko dan dibangunkan hasil kerjasama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) bersama syarikat Dream Age.

BACA >>> Askar UK, Australia Uji Motosikal Elektrik Sur-Ron Light Bee X Sebagai Aset Tentera

Diilhamkan daripada nama ular, UGV ini menampilkan rekabentuk depan seakan ular tedung dan mampu bergerak senyap kerana tidak menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar, sebaliknya menggunakan bateri elektrik.

Ketua Kejuruteraan Pembuatan Stride, Aizul Fazli Suhaimi berkata, UGV itu boleh diatur gerak memasuki kawasan berbahaya seperti kawasan pencemaran sisa toksik dan berisiko hingga penempatan manusia dengan menggunakan kawalan jarak jauh.

Kenderaan ini juga boleh mengambil data dan melakukan video masa nyata (real-time) untuk mengetahui situasi sebenar lokasi dituju tanpa membahayakan nyawa manusia. Ia dilengkapi:

  • 4 kamera dan 3 sensor - sensor halangan menggunakan teknologi inframerah untuk mengesan objek yang menghalang laluan, sensor geomagnatik dan sensor GPS untuk mod 'follow me'.
  • Selain memasuki kawasan berbahaya, Kawbra boleh bergerak sejauh 40km untuk setiap cas penuh dengan bebanhingga 200kg.
  • Kos membangunkan Kawbra tidak lebih RM1 juta dan mula dibangunkan sejak 2019, tetapi sedikit terganggu kerana pandemik Covid-19.

BACA>>> Sendok Group Pamer Van Elektrik Komersial Pertama Di Malaysia
BACA>>> Malaysia Perkenal Kereta Lumba Elektrik Hidrogen Pertama, HyPER

SUMBER: Bernama

Related

640
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dream Age, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride), Kawbra, Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV), kereta bateri pengecasan elektrik., Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev