• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Kerajaan Akan Kaji Mekanisme Pemberian Subsidi Petroleum

Menteri: Kerajaan Akan Kaji Mekanisme Pemberian Subsidi Petroleum

March 24, 2022 By Farah Leave a Comment

545
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIMBALAN Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah memaklumkan mekanisme pemberian subsidi produk petroleum akan dikaji semula.

Namun, kaedah pemberian subsidi akan dikenal pasti terlebih dahulu dan diperhalusi untuk memastikan pemberian subsidi dapat dimanfaatkan secara terus kepada rakyat. Buat masa ini, Kementerian Kewangan akan mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai agensi dan syarikat berkaitan untuk memperincikan kaedah pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol.

Mohd Shahar berkata, Kementerian Kewangan perlu berjumpa semua syarikat petroleum untuk berbincang dahulu dan melihat kaedah terbaik subsidi bersasar supaya dapat dilaksanakan dengan baik.

Menurutnya, bagi setiap AS$1 (RM4.23) setong kenaikan harga minyak mentah akan memberikan hasil RM300 juta kepada Kerajaan.

Tetapi, masalahnya setiap kenaikan AS$1 setong akan memberi implikasi RM600 juta, jadi ia tak breakeven (pulang modal) kerana kita melaksanakan harga siling. Contohnya, kita tetapkan harga siling RM2.05 seliter untuk RON95, tetapi harga sebenar RM3.70 seliter dan Kerajaan tanggung sebanyak RM1.65," katanya.

Mohd Shahar menjelaskan hal tersebut dalam Dewan Rakyat hari ini apabila ditanya mengenai kaedah dilakukan Kerajaan bagi subsidi bersasar produk petroleum.

BACA>>> Bukan Kerajaan, Tetapi TnG yang Tetapkan Harga Tag RFID
BACA>>> Kerajaan Mansuh Program Subsidi Petrol (PSP) untuk Pemilik Kenderaan

SUMBER: Bernama

Related

545
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, harga minyak petrol, Harga Petroleum, Kerajaan, Ron95, Subsidi Minyak, Subsidi Petrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my