• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tuduh Komponen Motor Ditukar, Lelaki 52 Tahun Tikam Mati Pemilik Bengkel

Tuduh Komponen Motor Ditukar, Lelaki 52 Tahun Tikam Mati Pemilik Bengkel

February 22, 2022 By Farah Leave a Comment

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemilik bengkel motosikal maut ditikam pelanggan di depan premisnya di Pekan Titi Serong, Parit Buntar, Perak, semalam.

Dalam insiden jam 2 petang itu, mangsa Tan Hee Song, 43, parah ditikam menggunakan senjata tajam dipercayai sebilah pisau. Mangsa dihantar orang awam ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat.


Sebelum ditikam, mangsa didatangi seorang lelaki berusia 50-an, yang turut meninggalkan motosikalnya di lokasi kejadian sejurus menikam mangsa. Semasa kejadian, beberapa pekerja dan anak mangsa turut berada di bengkel berkenaan.

Sumber polis pula memaklumkan suspek kejadian sudah menyerahkan diri di Balai Polis Simpang Lima, kira-kira jam 2.45 petang itu.

Suspek, 52, yang bekerja sebagai peniaga, datang sendiri ke balai polis dan mengaku menikam seorang lelaki di bengkel motosikal di Titi Serong, Tanjung Piandang. Berdasarkan siasatan awal, punca suspek berbuat demikian kerana tidak puas hati dan menuduh mangsa menukar beberapa kompenan motosikal miliknya tiga minggu lalu.

Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA>>> #ApaNakBuat: Apakah Langkah Keselamatan Perlu Pemilik Bengkel, Mekanik Patuh?
BACA>>> JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan

SUMBER: BHOnline

Related

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jenayah, Komponen Motosikal, Pemilik Bengkel, pemilik bengkel maut ditikam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my