• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rakaman CCTV Dedah Laju, Guna Telefon Punca SUV Dinaiki Aktres Vanessa Terbabas

Rakaman CCTV Dedah Laju, Guna Telefon Punca SUV Dinaiki Aktres Vanessa Terbabas

February 8, 2022 By Farah Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMALANGAN yang meragut nyawa aktres terkenal Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Andriansyah pada November tahun lalu masih lagi menjadi perbualan peminat industri hiburan di negara seberang, termasuk Malaysia.

Terbaharu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) detik-detik akhir sebelum kemalangan itu terjadi kini tular di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OFFICIAL LAMBE TURAH ENTRNT (@lambe_turah)

Dikongsi akaun Instagram Lambe Turah Official, klip video rakaman CCTV itu disiarkan dalam perbicaraan kes kemalangan tersebut di Mahkamah Jombang, Jawa Timur melibatkan pemandu selebriti tersebut, Tubagus Joddy.

Rakaman itu mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero Sport putih dipandu Tubagus melencong ke laluan kiri hingga merempuh pengadang jalan hingga terpelanting ke tengah jalan, berpusing dan terbalik sebelum terhenti  dalam posisi normal, tetapi bertentangan arah.

Video tersebut menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa sedih dan simpati dengan insiden tersebut. Ada juga mendakwa ternampak kelibat manusia tercampak keluar dari SUV tersebut.

Sebelum ini, Tubagus mengaku menggunakan telefon bimbit ketika memandu sebelum  SUV dinaiki pasangan selebriti  itu terbabas pada 4 November tahun lalu.

Tubagus kini didakwa di bawah Pasal 310 Ayat 2, Ayat 4 tentang UU Lalu Lintas dan Jalan Raya dan Pasal 331 Ayat 5 tentang kelalaian memandu yang menyebabkan majikannya maut. Pasangan selebriti ini meninggalkan seorang anak lelaki berusia setahun lima bulan.

BACA>>> Sempat Rakam IG Story Sebelum Maut Kemalangan
BACA>>> Pemandu Myvi Maut Rempuh Mercedes, CCTV Dedah MPV Punca Kemalangan

SUMBER: Instagram Lambe Turah Official

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktres Indonesia, artis indonesia kemalangan, Bibi andriansyah, kemalangan maut, Mitsubishi Pajero Sport, Tubagus Joddy, VANESSA ANGEL, venessa angel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my