SEORANG penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 110Z maut selepas terlanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang berhenti di laluan kecemasan di KM5.7 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Pulau Pinang, petang semalam.
Dalam insiden jam 3.30 petang itu, mangsa, Hafizuddin, 39, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut polis, pemandu X70 berhenti di tepi jalan untuk memeriksa keretanya yang mengalami kerosakan. Namun beberapa minit kemudian, motosikal ditunggangi mangsa merempuh belakang SUV tersebut.
Mangsa dilaporkan dalam perjalanan melawat isterinya yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ). Turut kelihatan mangsa membawa barangan, dipercayai untuk isterinya. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA>>> Sekeluarga, Termasuk Bayi Bergelimpangan Atas Jalan, Netizen Buru Axia Hijau
BACA>>> Hati-Hati Trik Menyamar Jadi 'Rider' untuk Curi Makanan!
SUMBER: HarianMetro, | PenangKini
Leave a Reply