• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Komitmen UMW Toyota

BERITA AUTO: Komitmen UMW Toyota

October 1, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

1. Signing plaque by Datuk Ismet Suki (President, UMWT) & Datuk Takashi_ Hibi (Deputy Chairman, UMWT)UMW Toyota Motor sekali lagi mengorak langkah agresif menerusi pembukaan Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Langkawi, Kedah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi dan disaksikan Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Dengan menelan pelaburan RM10juta, premis yang didirikan atas tanah berkeluasan 26,000 kaki persegi itu memiliki ruang pameran luas yang mampu menempatkan tiga kenderaan untuk dipamerkan pada satu masa sama.

Beroperasi dibawah pengendalian mekanik bertauliah, 3S Langkawi dilengkapi 12 ruangan servis dan mampu menyenggara 30 unit kenderaan sehari.

Selain pusat 3S Toyota, Lexus Service Support (LSS) turut menyediakan servis asas dan pembaikan asas buat pelanggan Lexus.

3. Datuk Ismet Suki (right) & Datuk Takashi Hibi listening during the_ facility tour" UMW Toyota sudah melaburkan lebih daripada RM500juta bagi mengembangkan lagi rangkaian jenama Lexus dan Toyota seiring dengan permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

" Kami sentiasa memberi perhatian penuh kepada program Toyota Quality Experience (TQE) secara berterusan untuk memberikan pengalaman berkualiti buat semua pelanggannya.

" Bukan saja memberikan keutamaan kepada setiap pelanggan, malah kami turut komited memberikan produk berkualiti tinggi dan menawarkan khidmat pelanggan terbaik," katanya.

Sehingga kini, lebih 11,000 unit kenderaan Toyota sudah dijual di wilayah Utara, sekali gus menyumbang sebanyak 17 peratus kepada jualan keseluruhan UMW Toyota.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Ismet Suki, Datuk Takashi Hibi, Lexus Malaysia, Pusat 3S Toyota Langkawi, Toyota buka 3s di langkawi, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev