• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Persaingan Yamaha Y15ZR & Honda RS150R Bakal Bermula, Kategori SuperCub 150cc Hiasi Cub Prix 2017

Persaingan Yamaha Y15ZR & Honda RS150R Bakal Bermula, Kategori SuperCub 150cc Hiasi Cub Prix 2017

November 23, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SuperCub 150ccKATEGORI elit CP130 Cub Prix mula diperkenalkan pada 2009. Kini setelah lapan tahun, riwayat CP130 bakal ditamatkan dan bakal digantikan dengan kategori SuperCub 150cc mulai musim 2017.

Mengimbas kembali pada 2009, Ahmad Fuad Baharudin muncul sebagai juara pertama bagi kategori CP130. Malahan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdulullah turut pernah memenangi kategori itu pada 2010.

Manakala juara CP130 musim 2016 yang juga tahun terakhir menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin, sekali gus meletakkan namanya selaku juara termuda kategori tersebut.

kategori supercub 150ccAKSI LEBIH MENARIK

Yang pasti, Cub Prix musim 2017 bakal menyajikan pelbagai aksi hebat di kalangan pelumba apabila beraksi menggunakan jentera lebih berkuasa.

Buat masa ini, PanduLaju difahamkan pelumba-pelumba kategori SuperCub 150cc bakal menggunakan jentera Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R.

BACA>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

SuperCub 150cc
SuperCub 150cc

Malahan pelumba turut diberi peluang mencuba jentera baharu masing-masing sebelum menghadapi kategori SuperCub 150cc semasa di pusingan ke-10 yang berlangsung di Litar Taiping, Perak hujung minggu.

Akhir kata, sayorana CP130. Selamat datang SuperCub 150cc. Vroommmm...

KREDIT FOTO Maju Motor Racing Team, SCK Motor Racing Sport, Malaysian Cub Prix

https://youtu.be/lmO6fFe5HpU

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cub prix 2017, Honda RS150R, Moped, supercub 150cc, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev