• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Maserati MC20 Fuoriserie Edition Dapat Sentuhan Legenda Manchester United

Maserati MC20 Fuoriserie Edition Dapat Sentuhan Legenda Manchester United

December 30, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERKARA yang sinonim dengan pemain bola sepak ialah minat mereka dengan kereta. Koleksi kereta pemain bola sepak memang hebat dan kerap menjadi bahan berita.

Lebih serius, ada pemain bola sepak yang menggantung but dan memilih memakai helmet untuk berlumba selepas bersara. Apa lagi menarik? Muncul jenama kereta mewah dinamakan sempena pemain legenda bola sepak.

BACA >>> Lari dari Polis, Pemandu Maserati Mujur Masih Hidup Selepas Rempuh Jejambat

Diperkenalkan, Maserati MC20 Fuoriserie Edition for David Beckham yang bukan hanya nama sendiri, tetapi juga mendapat sentuhan pemain tersebut bersama Pusat Gaya Maserati (Maserati Centro Stile).

Beckham diumumkan sebagai duta global Maserati pada April lalu.

Model itu mendapat pengaruh bandar Miami yang menjadi rumah kedua Beckham yang juga memiliki kelab bola sepak di sana. Selain itu, projek tersebut adalah hasil kerja Maserati Fuoriserie yangmana pelanggan boleh memesan kenderaan mereka mengikut cita rasa sendiri.

Maserati MC20 yang menjadi asas projek berkenaan sememangnya sebuah model hebat, yang mana MC merujuk kepada Maserati Corse atau Maserati Racing, manakala angka 20 ialah tahun 2020.

MC20 menggunakan casis monokok daripada bahan gentian karbon dan dikuasakan enjin 3.0L V6 turbo kembar berkuasa 621hp dan tork 730Nm.

BACA >>> Maserati GranTurismo Zéda Bakal Muncul 2020 Sebagai Tribut GranTurismo Terakhir!

Berikut ciri Maserati MC20 Fuoriserie Edition for David Beckham:

  • Warna badan hitam kilat dengan gabungan hitam kusam dan warna kontra pastel pink pada logo pintu dan kaliper Brembo.
  • Bahagian dalam mendapat balutan kulit dan Alcantara. Sekali lagi warna hitam dikontraskan dengan sulaman merah jambu termasuk logo pada penyandar kepala.
  • Perkataan Maserati Fuoriserie merah jambu dan For David dalam warna aluminium.
  • Kombinasi warna turut dipilih berdasarkan suasana malam dan matahari terbenam di Miami.

Selain itu, Beckham sendiri mengakui beliau peminat kereta;

Saya memang peminat kereta dan dapat menjadi sebahagian proses penggayaan kereta ini bersama Maserati Fuoriserie adalah pengalaman menakjubkan.

"Kereta melambangkan cita rasa individu sama ada dari segi model, warna atau perincian kecil bahagian dalaman. Ia pengalaman luar biasa untuk bekerjasama dengan Maserati dan pasukan pereka dalam menghasilkan model yang diilhamkan daripada bandar kediaman kedua dan kelab bola sepak saya."

Sentuhan Beckham pada Maserati MC20 memang mempesonakan. Gabungan hitam-merah jambu bukan untuk glamor sahaja, tetapi penghayatan mendalam terhadap suasana pemisah antara malam dan senja. Begitulah mendalam cita rasa Beckham dan amat sesuai sekali dipadankan dengan objek seni buatan Itali.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Maserati Levante Trofeo Launch Edition di Malaysia! Harga RM838k

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: David Beckham, Maserati, Maserati MC20, Maserati MC20 Fuoriserie Edition, Maserati MC20 Fuoriserie Edition for David Beckham

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my