• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Alfa Romeo Stelvio - Seindah Nama, Seseksi Rupa, Sehebat Kuasa

Alfa Romeo Stelvio - Seindah Nama, Seseksi Rupa, Sehebat Kuasa

November 19, 2016 By Azhan O Leave a Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK mahu kalah dengan pengeluar automobil lain, Alfa Romeo tampil memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, Stelvio pada Pameran Auto Los Angeles (LAAS). Dinamakan sempena Genting Stelvio di pergunungan Itali, pembuatan Stelvio dibuat sepenuhnya di Itali bersama model Giulia.

Diperkenalkan di LAAS sebagai varian Quadrifoglio, Alfa Romeo Stelvio menggunakan enjin terbitan Ferrari, 2.9L bi-turbo V6 yang mampu menjana kuasa setinggi 503hp bersama transmisi automatik 8-kelajuan. Stelvio juga akan ditawarkan dalam varian enjin empat silinder 2.0L pengecajturbo berkuasa 276hp pada 5,250rpm dan tork 400Nm, 2,250 rpm, juga dalam transmisi automatik 8-kelajuan.

Varian paling premium Alfa Romeo Stelvio adalah satu-satunya model yang tampil dengan sistem pacuan semua roda (AWD) Q4. Bagaimanapun, dalam pemanduan normal sistem AWD Stelvio beraksi tidak ubah seperti sebuah kereta pacuan roda belakang (RWD) sebelum gelinciran dikesan dan 60 peratus tork dipindahkan kepada roda depan atau belakang.

Sistem ini, yang pertama kali diperkenalkan pada model Alfa, juga didatangkan dengan pemvektoran tork yang membolehkan hantaran tork terkawal dibuat kepada setiap roda. Ada khabar angin mendakwa sistem RWD cuma dibekalkan pada model berkuasa rendah sahaja, tetapi masih tidak disahkan.

DNA PRO UNTUK PILIHAN MOD

2017-alfa-romeo-stelvio-20
2017-alfa-romeo-stelvio-12

Ciri DNA Pro dalam Stelvio menawarkan empat mod pemanduan: Dinamik, Natural, Kecekapan Termaju dan Lumba. Pemanduan dan pengendalian SUV ini dimantapkan dengan sistem suspensi berserta peredam terkawal elektronik yang dihubungkan dengan mod pemanduan.

Sistem brek berkongsi teknologi sama dengan Giulia, termasuk cakera karbon-seramik. Menurut Alfa Romeo, inovasi sistem elektromekanikal yang menggabungkan ciri kawalan stabiliti dan brek servo tradisional mampu memberikan respon membrek sempurna. Malah, Stelvio dikatakan sudah memecahkan rekod jarak hentian paling pendek. Tetapi tiada sebarang pengumuman Alfa Romeo mengenai dakwaan itu.

Menjadikan Porsche Macan sebagai seteru, dimensi Stelvio dibina dengan panjang 4,680mm, tinggi 1,650mm dan lebar, 2,160mm (termasuk cermin). Dari segi desain pula, Stelvio lebih rendah, tirus dan tinggi berbanding Macan. Walaupun Mazda mendakwa berhasil mengagihkan berat kenderaan pada tahap hampir sempurna, tetapi pengeluar automobil Negara Matahari Terbit itu masih berdegil tidak mahu berkongsi seberapa pantas dan berat Stelvio.

GALERI

2017-alfa-romeo-stelvio-1
2017-alfa-romeo-stelvio-2
2017-alfa-romeo-stelvio-3
2017-alfa-romeo-stelvio-4
2017-alfa-romeo-stelvio-5
2017-alfa-romeo-stelvio-6
2017-alfa-romeo-stelvio-7
2017-alfa-romeo-stelvio-8
2017-alfa-romeo-stelvio-9
2017-alfa-romeo-stelvio-10
2017-alfa-romeo-stelvio-11
2017-alfa-romeo-stelvio-17
2017-alfa-romeo-stelvio-14
2017-alfa-romeo-stelvio-20
2017-alfa-romeo-stelvio-12
2017-alfa-romeo-stelvio-13
2017-alfa-romeo-stelvio-15
2017-alfa-romeo-stelvio-16
2017-alfa-romeo-stelvio-18
2017-alfa-romeo-stelvio-19
2017-alfa-romeo-stelvio-22
2017-alfa-romeo-stelvio-23
2017-alfa-romeo-stelvio-21
2017-alfa-romeo-stelvio-24
2017-alfa-romeo-stelvio-25

Related

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Alfa Romeo, Alfa Romeo Stelvio, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Los Angeles Auto Show 2016, Pamera Auto Los Angeles (LAAS) 2016, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev