• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Eropah Mahu Hadkan Kelajuan Motosikal, Penggera Berbunyi Jika Bawa Laju Sangat

Eropah Mahu Hadkan Kelajuan Motosikal, Penggera Berbunyi Jika Bawa Laju Sangat

October 26, 2021 By Wahid Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PARLIMEN Kesatuan Eropah (EU) bakal mengehadkan kelajuan motosikal menerusi penggunaan sistem Bantuan Pengehad Halaju.

Usul itu dibentangkan untuk semua kenderaan, termasuk motosikal yang asalnya dikecualikan. Namun, ahli Parlimen berpendapat masih terlalu banyak kemalangan berlaku melibatkan motosikal.

parlimen-eu-1
parlimen-eu-2

Berdasarkan cadangan itu, sistem tersebut akan diaktifkan apabila penunggang mencapai had kelajuan ditetapkan di sesebuah jalan. Kemudian halaju motosikal akan dikesan melalui kamera atau data navigasi (GPS), dan apabila diaktifkan, penggera akan berbunyi atau disertakan dengan getaran sebagai amaran kepada penunggang.

Penggera hanya akan senyap apabila penunggang memperlahankan motosikal hingga mencapai kelajuan ditetapkan. Bagaimanapun, penunggang masih boleh menunggang lebih laju daripada had kelajuan dibenarkan, tetapi perlu bersedia dikenakan tindakan undang-undang.

kemalangan-motosikal-2
kemalangan-motosikal

Antara cadangan lain dikemukakan ahli-ahli Parlimen EU ialah:

  • Setiap motosikal dipasangkan ciri keselamatan sekurang-kurangnya Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Setiap motosikal dipasangkan sistem kecemasan 'eCall' yang akan membuat panggilan kecemasan automatik apabila mengesan kemalangan serius.
  • Menambah pelaburan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya yang dikenal pasti sebagai kawasan kemalangan.
  • Pemeriksaan sistem keselamatan motosikal secara berkala.
  • Mengetatkan undang-undang ke atas pemandu mabuk.
  • Had laju 30kmj di pusat bandar dan kawasan perumahan.

Related

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kesatuan Eropah (EU), Parlimen EU, Penunggang Motosikal, Sistem Bantuan Pengehad Halaju

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev