BUDAYA klon kenderaan di China bukan cerita baharu. Malah industri automotif sudah menyaksikan pelancaran sejumlah kenderaan khususnya skuter dan motosikal klon yang mempunyai desain hampir atau sama seperti model-model popular dunia.
Antara produk klon yang menjadi bahan tiruan di negara itu membabitkan jenama Honda, Yamaha, BMW, Kawasaki, Ducati dan Bajaj. Terbaharu, skuter Honda PCX 150 yang pernah dijual di Malaysia juga mungkin menjadi mangsa klon di China.
Skuter China itu menggunakan nama YBHoonda PCX 150 (2022) dan adalah hasil buatan syarikat Taizhou Wangye Motorcycle Co., Ltd. di China.
Jika dilihat pada nama model skuter itu, sudah jelas menyaksikan ada kandungan ejaan Honda dan PCX. Desain skuter pula nampak mirip produk jenama Jepun itu. Selain faktor desain mirip sama, firma China itu juga menggunakan tiga abjad yang sudah sinonim pada enjin Honda iaitu eSP.
Rekabentuk badan skuter itu termasuk brek cakera depan, brek dram belakang dan lampu utama adalah hampir sama dengan Honda PCX 150.
BACA >>> Honda PCX 160 (2021) Lancar di Thailand, Harga Mula RM12.3k
Sistem lampu digunakan adalah LED dengan lampu siang (DRL) serra skrin paparan digital. Bagaimanapun, sistem kemasukan kunci pula bukan jenis kawalan jauh tetapi stok konvensional.
Trenkuasa digunakan skuter klon didakwa jenis 4-lejang silinder tunggal 150cc dengan kapasiti tangki petrol sebesar 10 liter. Tiada maklumat mengenai harga skuter YBHoonda PCX 150 (2022).
BACA >>> BMW Motorrad Mahu Siasat Sportbike Klon S1000RR dari China
SENARAI MODEL POPULAR PERNAH KLON
HONDA
- Yinben YB200-A (Honda CB150R Exmotion)
- Wonjan WJ150 (Honda MSX 125)
- ZJMM R12 (Honda CBR250R)
- Dayang Vorela 150 (Honda ADV 150)
BMW
KAWASAKI
YAMAHA
DUCATI
BAJAJ
SUMBER: Great Biker | Ardiantoyugo
Leave a Reply