KINI hanya tinggal 3.7 peratus lagi diperlukan untuk mencapai angka 90 peratus populasi dewasa mendapat vaksin lengkap seluruh negara.
Berdasarkan perincian dikongsi di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan, setakat jam 11.59 malam tadi (30 September), 20,202,624 individu atau 86.3 peratus daripada populasi dewasa negara ini sudah lengkap divaksin Covid-19.
Setakat semalam semalam juga, 94.2 peratus atau 22,042,703 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja 12-17 tahun pula, 52,774 atau 1.7 peratus daripada mereka sudah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.
Perincian itu juga mendedahkan:
- 329,163 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 167,443 dos pertama dan 161,720 dos lengkap.
- Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 43,696,743 dos.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat akan dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi lengkap dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat KKM.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi menggiatkan usaha vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 seluruh negara.
BACA >>> Populasi Dewasa Lengkap Dua Dos Vaksin Kini 83.7 Peratus
BACA >>> Lembah Klang, Melaka, Kedah Beralih Fasa PPN Bermula 1 Oktober 2021
BACA >>> Esok (1/10) Orang KL, Putrajaya, Labuan Sudah Boleh Solat Ikut Kapasiti Masjid, Surau
SUMBER: Bernama
Leave a Reply