SYARIKAT autmotif dari Estonia, Nobe Cras pernah menarik tumpuan ramai apabila memperkenalkan kereta tiga roda gaya retro, Nobe 100GT pada 2018. Kini, Nobe memperkenalkan satu lagi model dikuasakan bateri, iaitu trak pikap elektrik dengan casis daripada gentian karbon, Nobe 500.
BACA >>> Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut
Imej pertama Nobe 500 pernah didedahkan di laman Facebook pengeluar itu awal tahun ini, tetapi maklumat mengenai trak pikap elektrik itu hanya mula dikongsi pertengahan tahun ini.
Melihat foto, trak pikap elektrik dikatakan mengambil ilham model trak klasik Ford F-Series dengan bentuk bonet melengkung dan kemasan krom dan dinding tayar putih.
Rekabentuk itu mengimbau kembali rekaan era 1950-an, termasuk sambungan kayu pada ruang kargo belakang.
BACA >>> Wuling Zhengtu (2021) - Trak Pikap dengan Pintu Kargo Tepi Boleh Lipat, Harga Mula RM37k
Ruang kabin disediakan bangku panjang yang mampu memuatkan dua individu, dan tiada gambar ruang kabin didedahkan. Namun, trak elektrik itu dipercayai menampilkan rekabentuk seperti 100GT dengan panel meter analog dan stereng elektrik besar.
Trenkuasa menggunakan motor elektrik seperti 100GT, manakala kuasa 92hp diperoleh daripada pek bateri 25kWh yang mampu dipandu sejauh 257km. Pecutan 0-100kmj mengambil masa kurang 6 saat.
BACA >>> Tata Lancar Sedan Elektrik, Tigor EV di India, Boleh Pandu 306km, Harga Serendah RM67k
BACA >>> Honda, Komatsu Bangunkan Jengkaut Mini Elektrik!
Ada laporan mendedahkan trak pikap itu bakal menggunakan sistem suspensi angin. Portal Jalopnik mendakwa pengeluar yang berpangkalan di Tallinn, Estonia itu mahu memperkenalkan 100GT dan 500 untuk pasaran Amerika Syarikat.
100GT dianggarkan dijual pada harga AS$25,000 (RM105,980), tetapi tiada maklumat mengenai harga 500.
BACA >>> BMW Concept CE 02 - Idea Motosikal Elektrik Mini untuk Remaja Bandar?
BACA >>> Ola S1 - Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply