• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MBM Lancar Mercedes-AMG E63 S 4Matic+ (2021), Harga Mula RM1.1 j!

MBM Lancar Mercedes-AMG E63 S 4Matic+ (2021), Harga Mula RM1.1 j!

September 24, 2021 By Shawkath Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) sudah melancarkan model berprestasi Mercedes-AMG E63 S 4Matic+ versi dipertingkat 2021 model import sepenuhnya (CBU).

Ada sekurang-kurangnya 11 warna pilihan. Harga kenderaan termasuk cukai jualan 10 peratus tanpa insurans ialah RM1,118,888! Ini memberi bayangan bahawa model itu cuma akan tiba di perairan negara bermula tahun depan.

Mercedes-AMG E 63 S_ (1)
Mercedes-AMG E 63 S_ (3)

Ini juga menandakan pembeli tidak sempat menikmati pengecualian cukai jualan model CBU sebanyak 50 peratus menerusi skim PEMERKASA yang akan tamat 31 Disember ini. Berikut ialah perinciannya:

  • Trenkuasa AMG 4.0 liter V8 turbo berkembar 3,882cc, menghasilkan kuasa 612hp pada 5,750-6,500rpm dan tork 850Nm @ 2,500-4,500 rpm.
  • Hantaran kuasa ke semua roda dibantu sistem transmi automatik AMG Speedshift MCT 9G 9-kelajuan dan sistem AWD AMG Performance 4Matic+. Masa pecutan dari kedudukan pegun ke 100km mengambil masa 3.4 saat dan kelajuan maksimum ialah 300kmj.
Mercedes-AMG E 63 S_ (6)
Mercedes-AMG E 63 S_ (7)
  • Trenkuasa ada sistem nyahaktif silinder untuk membolehkan kereta dipandu menggunakan empat silinder atau kembali aktif kepada lapan silinder. Ciri itu akan aktif jika pemandu memilih program pemanduan Comfort. Peralihan 4-silinder kepada 8-silinder adalah pantas, serta-merta dan neutral tork.
  • Warna pilihan ialah polar white, obsidian black metallic, graphite grey metallic, mojave silver metallic, nautic blue metallic, selenite grey metallic, high-tech silver metallic, designo selenite grey magno, designo spectral blue magno, designo diamond white bright dan designo hyacinth red metallic.
Mercedes-AMG E 63 S_ (29)
Mercedes-AMG E 63 S_ (30)
  • Meskipun jenis pacuan semua roda, pemandu masih boleh layan drift dengan mengaktifkan Mode Drift menerusi program pemanduan Race. Sebaik aktif, tetapan itu menjadikan sedan AMG ini kereta pacuan roda belakang sepenuhnya tanpa gangguan ESP.
  • Program pemanduan Dynamic Select menyediakan enam mode pilihan iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+, Individual dan Race. Setiap mode akan mengubah prestasi dan cara kereta bertindak balas semasa pemanduan.
Mercedes-AMG E 63 S_ (18)
Mercedes-AMG E 63 S_ (21)
  • Aspek desain pula menyaksikan AMG itu menerima lampu hadapan lebih tirus, gril baharu, lampu belakang baharu serta set bampar dikemas kini. Rim aloi digunakan sebesar 20 inci.
  • Hadir bersama Night Package sebagai ciri standard iaitu membabitkan aplikasi tona hotam berkilat pada komponen luaran seperti perumah cermin sisi, frem tingkap, akses bampar termasuk set muncung ekzos gelap.
  • Ia disertakan bersama AMG Exterior Carbon-Fibre Package I dan II yang merangkumi splitter depan, kemasan fender dan trim di bahagian belakang yang membabitkan material gentian karbon. 
  • Sistem infotainmen membabitkan sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan dua unit skrin sesentuh iaitu sistem infotainmen dan instrumen digital.

BACA >>> Mercedes-Benz Umum Tiada Lagi Kereta Manual
BACA >>> Mercedes-Benz Pamer Model Konsep SUV Elektrik EQG
BACA >>> #PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mercedes-AMG E63 S 4Matic+, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Mercedes-Benz User Experience (MBUX), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev