• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sekolah Memandu Boleh Operasi Mula Khamis Ini

Sekolah Memandu Boleh Operasi Mula Khamis Ini

September 8, 2021 By Han Othman Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKHIRNYA Kerajaan mendengar luahan pengusaha Institut Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor seluruh negara dengan membenarkan mereka beroperasi bermula Khamis ini (9 Sept) sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), tetapi secara janji temu.

Keputusan terbaharu itun diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, semalam.

Menurutnya, walaupun ILP dibenarkan beroperasi pada tarikh itu, proses ujian mendapatkan lesen memandu hanya akan bermula pada 17 September. Tarikh awal itu diberikan bagi membolehkan institut memandu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon.

Kebenaran itu juga mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PPN.

BACA >>> Kerajaan Mahu Bincang Dulu Sebelum Benarkan Bas Ekspres, Sekolah Memandu Beroperasi

Antara syarat kebenaran operasi ialah:

  • Pekerja, tenaga pengajar dan calon perlu lengkap menerima vaksin Covid-19 dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 dan kad pengenalan.
  • Institut memandu hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan pekerja yang lengkap divaksin.
  • Jika 40 peratus pekerja sudah lengkap divaksin, institut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja. Jika 60 peratus lengkap divaksin, institut boleh beroperasi dengan 80 peratus pekerja.
  • Syarikat juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus jika 80 peratus pekerja lengkap menerima dua dos vaksin.
  • Mana-mana kakitangan/calon bergejala, sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) dan sedang menjalani perintah kuarantin tidak dibenarkan hadir ke ILP.
  • Katanya, semua kakitangan dan calon perlu mematuhi protokol kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan melaksanakan norma baharu seperti:
    • Pemeriksaan suhu badan.
    • Mengimbas MySejahtera.
    • Mengamalkan penjarakan fizikal.
    • Memakai pelitup muka.
    • Menggunakan pensanitasi tangan.

DAPAT MORATORIUM

Kementerian Pengangkutan juga bersetuju memberikan moratorium tiga bulan, iaitu hingga 30 November ini untuk memperbaharui permit ILP yang tamat antara Januari hingga September 2021.

Diharapkan pengoperasian semula ILP dapat memberi kelegaan kepada pengusaha ILP atau institut memandu, tenaga pengajar dan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkaitan,” kata Ka Siong.

Beliau juga sambil mengingatkan sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

BACA >>> Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen, Cukai Jalan Sehingga 31 Disember 2021, Boleh Walk-in Di JPJ

SUMBER: Bernama

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Institut Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pelan Pemulihan Negara (PPN), PPN, Sekolah Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
    MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev