• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gimik Lain Macam, Ford Letak Explorer PHEV Atas Menara 47 Meter di Norway

Gimik Lain Macam, Ford Letak Explorer PHEV Atas Menara 47 Meter di Norway

August 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD cuba menempatkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), Explorer Plug-in Hybrid (PHEV) ke tahap lebih tinggi berbanding pesaing lain, iaitu di atas menara OVER setinggi 47 meter di Norway.

Menara OVER terdiri daripada struktur kayu dan 44 meter struktur aluminium untuk pendakian dari setiap sudut. Menara itu didirikan di Lillesand dan jika berada di atas, pemandangan dapat dilihat hingga sejauh Denmark.

Sebelum merungkai cara SUV itu diletakkan atas puncak OVER, lebih baik mengetahui apa alasan Ford melakukan gimik sebegitu.

BACA >>> Tuner India Ubah Kereta Ekonomi Korea Jadi Ford Mustang (1969)
BACA >>> Ford Dedah Produk Minyak Wangi Mach-Eau Berbau Petrol

Menurut Ford, gimik itu sebahagian cabaran Explore New Heights yang direka untuk meraikan semangat advencer dan kesungguhan. Jadi, mana-mana pendaki terpantas yang mencapai puncak OVER, mereka akan diberi pinjam Explorer PHEV baharu selama dua tahun tanpa dikenakan bayaran.

Projek itu membabitkan perancangan selama enam bulan, termasuk pemeriksaan jurutera dan arkitek untuk memastikan OVER dan platformnya mampu menampung Explorer PHEV.

Ada 14 pendaki mengambil bahagian dalam cabaran itu dan dimenangi Leo Ketil Boe, 21 , yang mencapai puncak Over dalam masa 3 minit 33 saat.

Ford Explorer PHEV itu akan berada di atas menara OVER hingga 27 Ogos ini dan orang ramai yang mahu merakam gambar SUV itu sama ada memanjat tembok atau menggunakan laluan tangga.

Setiap individu yang sampai ke platform OVER akan diberikan kemeja-T edisi terhad. SUV itu diletakkan di atas struktur OVER dengan bantuan kren. Jom tonton video di bawah ini.

BACA >>> Remaja 14 Tahun Temui Cara Hilangkan Titik Buta Kereta Guna Kamera Web
BACA >>> #SembangDeras: Mana Lebih Seronok, Pandu Gear Manual atau Automatik?

SUMBER: Autoindustriya

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Explore New Heights, Ford, Ford Explorer Plug-in Hybrid, Gimik Ford, Kempen, Leo Ketil Boe, Menara OVER

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my