• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Tuner India Ubah Kereta Ekonomi Korea Jadi Ford Mustang (1969)

Tuner India Ubah Kereta Ekonomi Korea Jadi Ford Mustang (1969)

July 29, 2021 By Shawkath 1 Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LANDSKAP modifikasi kenderaan berubah pantas sehingga memberi ruang kepada pembeli kereta untuk mengubah status kenderaan kelas ekonomi menjadi muscle car legenda.

Konsep modifikasi ini semakin popular di India dan tuner Dream Customs India membuktikan kepakaran mengubah suai Hyundai Accent menjadi Ford Mustang 1969.

Satu hakikat yang harus diterima ialah model Hyundai-Mustang itu masih kurang identiti dan karakter agresif tetapi ternyata memuaskan hati pemiliknya.

Banyak garisan badan klasik Mustang dikenakan pada badan Accent sebagai proses menyempurnakan gaya sejati supercar legenda Amerika Syarikat.

BACA >>> Tuner India Bikin Civic Jadi 'Aventador SVJ' 1.8L

Mustang Ford Kustom Hyundai - 9
Mustang Ford Kustom Hyundai - 7

Jika diamati, akses jalur merah pada badan kereta itu tidak selari dan mungkin perlu kerja-kerja pembetulan semula. Komponen paling menarik perhatian ialah lokasi komponen pembuka but belakang dipasang.

Ruang kabin diserikan dengan skim dwitona material kulit dan ada logo khas disulam pada barisan kerusi belakang. Bagaimanapun, konsol tengah masih kekal produk plastik Hyundai Accent.

Mustang Ford Kustom Hyundai - 8
Mustang Ford Kustom Hyundai - 5
Mustang Ford Kustom Hyundai - 3
Mustang Ford Kustom Hyundai - 2

Enjin tidak ditayangkan untuk tonton pembaca tetapi digantikan kepada rakaman video bunyi ngauman Hyundai-Mustang. Jelas sekali trenkuasa itu bukan blok V8 tetapi efek bunyi eksoz perang.

Generasi kedua Hyundai Accent mula dijual di India bermula tahun 1999 hingga 2013 dan menggunakan trenkuasa 1.5 litre petrol bersama transimi 5-kelajuan manual.

Ada dua versi ditawarkan iaitu .5 liter dengan kuasa 91hp atau 101hp. Output itu adalah hampir separuh daripada kuasa paling rendah Mustang V8 (1969) iaitu 210hp.

BACA >>> #BikinKereta: Ubah Suai Mahindra Thar Ala Mercedes G63 AMG 6x6
BACA >>> #BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius

SUMBER: TopSpeed

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Ford Mustang 1969, Ford Mustang 1969 Classic, Hyundai Accent, Hyundai Mustang, Modifikasi

Comments

  1. Proton says

    July 29, 2021 at 4:23 PM

    Inovasi yang menarik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev