• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah 'Flag-to-Flag' dalam MotoGP?

#TahukahAnda: Apakah 'Flag-to-Flag' dalam MotoGP?

May 18, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERLUMBAAN 27 pusingan di Le Mans hujung minggu lalu bermula dalam trek kering sebelum bertukar basah disebabkan cuaca hujan. Keadaan trek yang tiba-tiba berubah itu menyebabkan ramai pelumba terjatuh, dan antara menjadi mangsa ialah juara musim lalu, Joan Mir (Suzuki Ecstar) dan Marc Marquez (Repsol Honda). 

Pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi ketika diminta memberi pandangan mengenai perlumbaan flag-to-flag, berpendapat perlumbaan flag-to-flag lebih berbahaya dan sukar. Sebaliknya beliau lebih sukakan perlumbaan panjang 45 minit kerana lebih mudah hendak mendapatkan kelajuan dan strategi.

Pada final GP Le Mans, Ahad lalu, Rossi beraksi baik dalam trek basah pada sesi pemanas, jauh lebih bagus berbanding persembahannya di Jerez, beberapa minggu sebelum itu dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.

Apakah perlumbaan flag-to-flag yang kurang digemari Rossi itu?

APAKAH FLAG-TO-FLAG?

Flag-to-flag adalah perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan cuaca berubah. Contohnya, awal perlumbaan bermula dengan trek kering, tetapi hujan di pertengahan saingan yang menyebabkan kondisi trek berubah.

Jadi marsyal akan mengibarkan bendera flag-to-flag yang membolehkan pelumba memasuki hentian pit untuk menukar motosikal dengan tetapan tayar berbeza supaya sesuai kondisi cuaca semasa. Bagaimanapun, penukaran motosikal adalah opsyen dan bukan diwajibkan.

PRO DAN KONTRA

Ada pelbagai pro dan kontra mengenai perlumbaan flag-to-flag. Kebaikannya, pelumba dapat menukar jentera yang sesuai mengikut keadaan trek semasa, atau secara spesifik menggunakan jentera dengan tayar basah.

Keburukannya pula, seperti dimaklumkan Rossi, tetapan dan prestasi jentera baharu yang baru ditukar itu mungkin sedikit berbeza berbanding unit pertama. Ini kerana tidak seperti Formula Satu (F1) yang mana pelumba cuma menukar tayar sahaja, sebaliknya pelumba MotoGP perlu bertukar keseluruhan jentera.

Situasi di hentian pit juga sedikit kalut kerana masing-masing pelumba cuba mengejar masa hingga menyebabkan ramai pelumba dikenakan penalti disebabkan memandu laju di kawasan tersebut.

BACA >>> Morbidelli Rela Tinggalkan Yamaha Demi Jentera Spesifikasi Kilang
BACA >>> Jatuh Dua Kali di Le Mans, Marquez Akui Terlepas Peluang Keemasan

SUMBER: Motorsport.com

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Le Mans, MotoGP, MotoGP 2021, Petronas Yamaha SRT, tahukah anda, The Doctor, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev