• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Foto Yamaha YZF-R7 (2021) dengan Rekabentuk Lain daripada Lain

Bocor Foto Yamaha YZF-R7 (2021) dengan Rekabentuk Lain daripada Lain

May 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA foto supersport baharu Yamaha YZF-R7 (2021) yang dijadualkan ditayangkan pada 18 Mei ini (esok) sudah tular di Internet sejak dua hari lalu.

Melihat foto berkenaan, rekabentuk R7 nampaknya jauh berbeza daripada superbike perdana YZF-R1. Berikut beberapa perincian yang dapat diulas berdasarkan imej didedahkan:

  • Lampu utama diletakkan di tengah dan diapit set lampu siang (DRL) LED di kiri dan kanan. Lampu signal belok LED tirus (dan capang) pula diposisikan lebih rendah, hampir selari dengan fender depan.
  • Cermin sisi dipasangkan pada fairing kepala dengan visor angin lut cahaya, manakala bar hendal jenis clip-on.

  • Rekaan tangki minyak maskular meminjam rekabentuk sirip R1 dengan lencana Yamaha ditampal di belakang sirip empat jalur tersebut.
  • Pelana penunggang dan pembonceng jenis terpisah, manakala mufler ekzos direka kompak.
  • Menggunakan fork depan terbalik (USD), manakala suspensi belakang jenis monoshock.
  • Bahagian roda menggunakan brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal di belakang.
  • Ada dua warna pilihan, iaitu Racing Blue (biru) dan Black (hitam). Bahagiann fairing ditampal dekal R7.
  • Tiada maklumat teknikal, tetapi ada laporan R7 ini menggunakan enjinasama seperti MT-07, iaitu dwi-silinder 689cc penyejukan cecair berkuasa kuasa 72.4hp @ 8,750rpm dan tork 67Nm @ 6,500rpm.

BACA >>> Yamaha Siar Video Acah Kedua YZF-R7, Lancar 18 Mei Ini!
BACA >>> Yamaha Siar Video Acah YZF-R7, Pelancaran Makin Dekat?
BACA >>> Yamaha YZF-R7 Bukan Khabar Angin, Dokumen Daftar Sudah Hantar

SUMBER: BikeWale | Evo

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foto Bocor, Foto Yamaha R7, Hypersport, leaked photo, roda2, Sportbike Middleweight, Yamaha R7, Yamaha YZF-R7 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev