• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Syarikat Ini Hasilkan Semula Replika Kereta Klasik, Versi Lebih Kecil, Boleh Pandu

Syarikat Ini Hasilkan Semula Replika Kereta Klasik, Versi Lebih Kecil, Boleh Pandu

May 10, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBANYAKAN peminat kereta klasik hanya mampu menikmati keindahan sesebuah model itu dari jauh dan tidak berpeluang memilikinya kerana ia sudah tidak dikeluarkan lagi. 

Namun, semua itu bakal berubah buat peminat di Britain apabila sebuah syarikat bernama Little Car Co menghasilkan kembali replika kereta klasik dalam saiz lebih kecil, tetapi masih boleh dipandu.

Berpangkalan di Oxfordshire, England dengan 25 pekerja, syarikat itu membina sendiri setiap model yang dihasilkan dengan cukup teliti dan kemas serta lengkap dengan komponen moden seperti lampu depan LED, absorber boleh laras, pilihan mod kuasa untuk motor eletrik berkuasa 13hp dan brek Brembo. 

Harga kereta klasik itu pula sama seperti kereta kelas pertengahan sebenar. Bagaimanapun, harga bukan isu besar buat pelanggan Little Car Co kerana 40 peratus daripada mereka ialah pemilik Bugatti modern dan vintaj. 

Little Car Co buat masa ini hanya menghasilkan dua model, iaitu replika Bugatti Type 35 yang dipanggil Bugatti Baby II pada harga bermula AS$37,000 (RM152,000) hingga AS$80,000 (RM328,640) bergantung permintaan.

Satu lagi model ialah replika Aston Martin DB5, dinamakan DB5 Vantage Junior yang dijadualkan dilancarkan hujung tahun ini pada harga AS$48,000 (RM197,180).

Little Car Co mensasarkan menghasilkan 1,059 unit dengan 30 daripada 500 replika Bugatti sudahpun dihantar kepada pelanggan.

BACA >>> Inilah 10 Kereta Sport Klasik Jepun Terpantas 70-an
BACA >>> Aston Martin Buat 2 Kereta Eletrik, Sedia Hadapi Larangan Enjin Petrol, Diesel Menjelang 2030 di UK

SUMBER: Jalopnik

Related

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin DB5, Bugatti, Bugatti Type 35, kereta klasik, Little Car Co, Roda4, vintaj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev