• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota AE86 Ini Akan Guna Enjin GR Yaris!

Toyota AE86 Ini Akan Guna Enjin GR Yaris!

May 4, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA GR Yaris adalah antara model paling menarik dikeluarkan pengeluar Jepun itu sejak sekian lama takhta itu dimiliki model pacuan roda belakang, AE86. 

Kedua-dua model tersebut menampilkan prestasi hebat dengan casis mampu milik. Persamaan itu juga memberikan ilham kepada Oto-san, pemilik bengkel Daddy Motor Works di Jepun untuk meletakkan enjin GR Yaris pada casis AE86 Levin miliknya yang sebelum ini digunakan untuk latihan drift.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dino Dalle Carbonare ® (@dino_dalle_carbonare)

Malangnya, proses penukaran itu bukan semudah pasang siap atau plug-and-play. Ini kerana trenkuasa GR Yaris lebih tinggi daripada enjin 4A-G pada AE86. Jadi, ia diletakkan 8sm lebih tinggi dan 2sm lebih rendah dari posisi enjin asal. 

Bagaimanapun, enjin baharu itu tidak panjang seperti enjin asal yang memberikan lebih ruang kepada Oto-san untuk membina sendiri struktur penyejukan bentuk-V.

Setakat ini, kebanyakan komponen diambil daripada kereta lain. Antaranya, rak stereng diambil daripada Mazda Miata, manakala banyak bahagian lain diambil daripada model Toyota lain seperti brek cakera belakang (Estima), diferensial (Altezza) dan transmisi manual (86 generasi ZN6). 

Daddy Motor Works ada masa lebih setengah tahun lagi untuk menyiapkan projek berkenaan sebelum tarikh ditetapkan. Jika terlaksana, inilah ‘perkahwinan’ pertama dua model tersebut yang bakal menjadi tumpuan utama Tokyo Auto Salon tahun depan.

BACA >>> Dengarlah Deruman Enjin Hidrogen Toyota, Mengaum Macam Enjin Petrol!
BACA >>> Tak Sampai Sebulan, Toyota GR Yaris RM286k Habis Jual!!!

SUMBER: RoadAndTrack.com

Related

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: AE86, daddy motor works, mazda, Toyota, Toyota AE86 Levin, Toyota GR Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev