GARA-GARA tidak dapat makan kerana restoran sudah mahu menutup operasi, sekumpulan lelaki mengamuk dengan membaling kerusi dan meja dalam insiden di Jalan Tun Sambathan, Kualan Lumpur, semalam.
Berdasarkan video tular itu, beberapa lelaki dirakamkan membaling kerusi dan meja milik restoran berkenaan yang dilihat seakan bergaduh, dipercayai dengan pekerja restoran tersebut.
BACA >>> #Tular: Polis Melaka Nafi, Iring VIP Bukan Punca Kemalangan
Punca kejadian dilaporkan berpunca daripada rasa tidak puas hari kumpulan itu kerana pekerja restoran berkenaan tidak mahu mengambil pesanan selepas dimaklumkan operasi ditutup pada jam 9.30 malam.
Berang kerana tidak dilayan, beberapa lelaki daripada kumpulan berkenaan naik angin dan terus mengamuk seperti tiada hari esok.
SUMBER: HMetro | InfoRoadblockJPJ/Polis
Leave a Reply