• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Automotif Asean: Indonesia, Singapura Paling Teruk, Malaysia Kurang Terjejas

Jualan Automotif Asean: Indonesia, Singapura Paling Teruk, Malaysia Kurang Terjejas

February 3, 2021 By Han Othman Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN lagi rahsia industri automotif global mengalami kemerosotan teruk berikutan impak krisis penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, dan tidak terkecuali rantau Asean.

Jualan kenderaan pasaran automotif Asean merosot 28 peratus berbanding tahun terdahulu dan tempoh paling teruk terjejas adalah suku kedua 2020 apabila banyak negara melaksanakan perintah kuarantin dan penjarakan sosial bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Suku pertama 2020 mencatatkan penurunan 24 peratus, sebelum merudum teruk kepada 66 peratus pada suku kedua.

Namun, industri mula menunjukkan tanda pemulihan positif dengan penurunan 10 peratus sahaja pada suku keempat 2020. Jualan kenderaan di Indonesia misalnya, walaupun memperoleh angka jualan kedua tertinggi, tetapi juga paling teruk terjejas di Asean.

Secara keseluruhan, Thailand menguasai pasaran jualan terbanyak di Asean, iaitu 792,146 unit, disusuli Indonesia (532,067 unit) dan Malaysia (529,434), manakala Filipina ,Vietnam dan Singapura masing-masing di bawah 300,000 unit.

Berikut jumlah peratus kemerosotan jualan kenderaan di Asean:

 

  • Indonesia - 48.4%
  • Singapura 47.7%
  • Filipina - 31.5%
  • Thailand - 21.4%
  • Malaysia - 12.4%
  • Vietnam - 7.1%

Banyak pengeluar di Asean mengharapkan industri automotif akan kembali melonjak tahun ini. Beberapa negara Asean sudah menyatakan komitmen untuk menganjurkan pameran auto seperti Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2021 dan Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2021 di Indonesia yang dirancang diadakan secara atas talian atau pembukaan reruai.

Thailand pula dijadualkan menganjurkan Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021 pada Mac nanti.

BACA >>> #GIIAS2016: Baca 8 Info Travel Ini Supaya Cuti-Cuti Indonesia Anda Tidak Lagi Klise
BACA >>> 10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k

SUMBER: JustAuto.com

Related

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN, Asena, Asia Tenggaran, Auto Terkini, Automotif Asean, Covid-19, Pasaran Automotif Asean, wabak covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev