• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Lancar Axis Z (2021), Skuter 125cc dengan Ruang Simpanan Bawah Pelana Terbesar

Yamaha Lancar Axis Z (2021), Skuter 125cc dengan Ruang Simpanan Bawah Pelana Terbesar

February 1, 2021 By Aryon Leave a Comment

777
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Yamaha Japan memperkenalkan Axis Z (2021) versi baharu untuk pasaran Jepun dengan penampilan lebih bergaya dan moden, berserta ruang simpanan bawah pelana yang dikatakan paling besar dalam segmen skuter 125cc.

BACA >>> Indonesia Bakal Perkenal Skuter Elektrik Gesits (2021) untuk Pasaran Domestik, Asean

Berikut perincian mengenai skuter urban tersebut:

  • Saiz badan Axis Z (2021) kini lebih besar dan frem lebih ringan, tetapi kuat yang cuma seberat 100kg. Ada dua ventilator udara simetri pada panel fasia depan, manakala sistem lampu masih jenis mentol halogen.
  • Walaupun tampil lebih moden, skuter ini masih menggunakan kluster instrumen analog dengan paparan maklumat ringkas, cuma spidometer, bar petrol, dan indikator untuk simbol Eco, signal belok, enjin dan lampu suluh tinggi (highbeam).

  • Sistem penghidup juga kekal konvensional, menggunakan kunci yang dilengkapkan katup kunci sebagai ciri keselamatan untuk mengelak kecurian.
  • Corong isi petrol juga ditempatkan di depan yang memudahkan penunggang mengisi minyak tanpa perlu buka pelana. Kapasiti isian petrol ialah 5.5 liter.
  • Perubahan fren memberikan ekstra ruang simpanan bawah pelana , iaitu 37.5 liter, juga paling besar dalam segmen skuter 125cc yang mampu memuatkan dua helmet muka separuh (half-face).
  • Ada cangkuk untuk menggantungkan beg bimbit, plastik beli-belah atau barangan runcit seberat 1kg. Ada juga kompartmen pada leher untuk mengisi barangan kecil.
  • Tinggi pelana 770mm sesuai untuk kebanyaka fizikal penunggang sama ada lelaki atau perempuan. Pelana juga selesa ditunggang solo atau dibonceng kerana memiliki panjang 666mm.
  • Dimensi badan memiliki panjang 1,790mm, lebar 730mm dan tinggi 1,145mm, manakala jarak roda 1275mm dan jarak lega bumi 135mm.
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 125cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.2hp @ 6,500rpm, dan tork 9.7Nm @ 5,000rpm.
  • Transmisi jenis automatik CVT dengan V-Belt.
  • Enjin dengan teknologi BlueCore digunakan bukan saja menawarkan prestasi terbaik, tetapi juga menjimatkan bahan api dengan kadar 54.6km per liter.
  • Bahagian roda menggunakan brek cakera di depan dan brek dream di belakang, manakala suspensi jenis fork teleskopik di depan dan swing arm dengan dwi-absorber di belakang.
  • Tayar jenis tiubles 100/90-10 56J (depan), dan 100/90-10 56J (belakang).
  • Ditawarkan dalam lima warna pilihan, iaitu: Matte Green (hijau kusam, warna baharu), Black (hitam), Matte Dark Grey (kelabu),  Purple (ungu), dan White (putih). Harga jualan ialah 247,500 yen  (RM9,560).
  • Model 2021 ini dikatakan akan dihasilkan di Vietnam dan Indonesia. Di Vietnam, skuter Free Go dikatakan sudah kehabisan stok dan Yamaha Motor Vietnam kini bersedia melancarkan Axis Z (2021) sebagai pengganti.

BACA >>> VinFast Theon - Lagi Skuter Elektrik Dilancarkan di Vietnam
BACA >>> Tunggang Skuter Elektrik Atas Jalan Raya KL Boleh Kena Denda RM300, Mula 1 Januari 2021!

yamaha-axis-z-jepun-1
yamaha-axis-z-jepun-2
yamaha-axis-z-jepun-3
yamaha-axis-z-jepun-4
yamaha-axis-z-jepun-5
yamaha-axis-z-jepun-6
yamaha-axis-z-jepun-7
yamaha-axis-z-jepun-8
yamaha-axis-z-jepun-9
yamaha-axis-z-jepun-10
yamaha-axis-z-jepun-11
yamaha-axis-z-jepun-12
yamaha-axis-z-jepun-13
yamaha-axis-z-jepun-14
yamaha-axis-z-jepun-15
yamaha-axis-z-jepun-16
yamaha-axis-z-jepun-17
yamaha-axis-z-jepun-18
yamaha-axis-z-jepun-19
yamaha-axis-z-jepun-20

Related

777
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, Skuter 125cc, skuter urban, Yamaha, Yamaha Axis Z (2201)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev