• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Indonesia Lancar YZF-R15 (2021) dengan Teknologi VVA dan Warna Baharu

Yamaha Indonesia Lancar YZF-R15 (2021) dengan Teknologi VVA dan Warna Baharu

January 20, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

393
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Honda CBR150R dilancarkan, terbaharu giliran pesaingnya Yamaha YZF-R15 (2021) pula muncul dengan warna baharu di pasaran Indonesia, iaitu Metallic Blue (biru), Matte Silver (perak) dan Matte Black (hitam).

Skema warna Metallic Blue didatangkan dengan rim biru, manakala Matte Silver dipadankan rim kuning. Jika mahukan imej sporty dan elegan, Matte Black mungkin terbaik. Setiap pilihan warna dipasangkan fork terbalik (USD) emas.

Berikut beberapa perincian mengenai YZF-R15 (2021):

  • Dibina berasaskan DNA famili Yamaha siri-R yang sporty dengan lampu utama tajam, belakang langsing dan fairing aerodinamik.
  • Sistem lampu utama jenis  LED, termasuk lampu belakang yang lebih terang, jelas dan tahan lama.
  • Kluster instrumen digital penuh dengan lampu pemasaan anjakan gear untuk prestasi optimum.
  • Menggunakan frem Deltabox yang menjadi ciri khas jentera MotoGP dan dipadankan fork USD di depan dan monoshock dengan pautan swingarm aluminium di belakang untuk pengendalian lebih stabil.
  • Bahagian trenkuasa dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel VVA berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Klac jenis basah multiplat dan dilengkapkan ciri antigelincir Assist & Slipper (A&S).
  • YZF-R15 dijual pada harga Rp37,080,000 (RM10,670) untuk pasaran Indonesia.

Walaupun Malaysia membawa masuk R15 sedikit lewat berbanding Indonesia, tetapi kita terlebih dahulu menawarkan teknologi VVA pada model tersebut.

BACA >>> Indonesia Lancar Honda CBR150R (2021) dengan Fork USD dan Klac A&S, Harga Mula RM10.3k
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Maksud Sebenar CBR untuk Sportbike Honda

yamaha-yzf-r15-2021-indo-metallic-blue
yamaha-yzf-r15-2021-indo-matte-black
yamaha-yzf-r15-2021-indo-matte-silver
Yamaha R15 (2021)_5
yamaha-yzf-r15-2021-indonesia-2
Yamaha R15 (2021)_1
Yamaha R15 (2021)_4
Yamaha R15 (2021)_6
yamaha-yzf-r15-2021-indonesia-5
Yamaha R15 (2021)_7
yamaha-yzf-r15-2021-indonesia-1
yamaha-yzf-r15-2021-indonesia-3
yamaha-yzf-r15-2021-indonesia-4
yamaha-yzf-r15-2021-indonesia-6
yamaha-yzf-r15-2021-indonesia-7
yamaha-yzf-r15-2021-indonesia-8

Related

393
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, roda2, sporbike 150, Warna Baharu, Yamaha R15, Yamaha YZF-R15 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev