Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Thailand Perkenal CBR650 dan CB650R (2021) Baharu dengan Warna Baharu, Pengecas USB
Roda2

Honda Thailand Perkenal CBR650 dan CB650R (2021) Baharu dengan Warna Baharu, Pengecas USB

AryonBy Aryon15/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS debut di pasaran Jepun pada penghujung tahun lalu, duo Honda CBR650R dan CB650R (2021) secara rasmi dilancarkan di Thailand yang masing-masing berharga 324,300 baht (RM43,670) dan 309,100 baht (RM41,620).

Kedua-dua model kini didatangkan dalam pilihan warna Pearl Smoky Gray (kelabu) untuk mereka yang mahukan gaya agresif yang minimalis. Honda turut menambah palam pengecas telefon pintar yang diletakkan bawah ruang simpanan bagi memenuni keperluan pengguna masa kini.

Berikut perincian spesifikasi mengenai dua model siri 650 Honda versi Thailand itu:

HONDA CBR650R (2021)

  • Rekabentuk diilhamkan daripada semangat trek dengan rekaan grafik agresif dan sporty, serta dipenuhi garis tajam.
  • Trenkuasa dijana enjin 4-silinder sebaris 649cc DOHC penyejukan cecair dengan klac manual 6-kelajuan. Angka kuasa dan tork tidak didedahkan, tetapi model terdahulu menghasilkan kuasa 95hp dan tork 63Nm.
  • Dimensi panjang 2,145mm, lebar 745mm dan tinggi 1,149mm, manakala jarak roda 1,449mm. Tinggi pelana 810mm, dan jarak lega bumi 132mm.
  • Memiliki kapasiti tangki 15.4 liter, dan berat kerb 207kg.
  • Ada tiga pilihan warna: Mat Gunpowder Black Metallic (hitam), Grand Prix Red (merah) dan Pearl Smoky Gray (kelabu).
  • Menampilkan dwi-lampu utama jenis LED serba baharu.
  • Dilengkapi ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), signal henti kecemasan (ESS), kluster intrumen LCD digital penuh, pengecas USB bawah pelana, kawalan tork boleh pilih HSTC.
  • Sistem brek jenis fork terbalik (USD) Showa SFF-BP 41mm di depan dan monoshock prabeban boleh laras.
  • Bahagian roda menggunakan tayar 120/70Z R17 M/C di depan dan 180/55Z R17 M/C di belakang dan sistem brek jenis dwi-cakera (depan) dengan kaliper 4-piston dan cakera tunggal (belakang).
  • Harga jualan di Thailand ialah 324,300 baht (RM43,670).

HONDA CB650R (2021)

  • Trenkuasa dijana enjin 4-silinder sebaris 649cc DOHC penyejukan cecair dengan klac manual 6-kelajuan. Angka kuasa dan tork tidak didedahkan, tetapi model terdahulu menghasilkan kuasa 95hp dan tork 63Nm. Mungkin kuasa direndahkan mengikut karakter naked bike.
  • Dimensi panjang 2,145mm, lebar 784mm dan tinggi 1,076mm, manakala jarak roda 1,449mm. Tinggi pelana 810mm, dan jarak lega bumi 148mm, lebih tinggi daripada model fairing.
  • Memiliki kapasiti tangki 15.4 liter, dan berat kerb 202kg (5kg lebih ringan daripada CBR650R).
  • Ada empat pilihan warna: Candy Chromosphere Red (merah), Mat Gunpowder Black Metallic (hitam), Mat Jeans Blue Metallic (biru) dan Pearl Smoky Gray (kelabu).
  • Menampilkan lampu utama LED gaya Neo-Sport.
  • Dilengkali ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), signal henti kecemasan (ESS), kluster intrumen LCD digital penuh, pengecas USB bawah pelana, kawalan tork boleh pilih HSTC.
  • Sistem brek jenis fork terbalik (USD) Showa SFF-BP 41mm di depan dan monoshock prabeban boleh laras.
  • Bahagian roda menggunakan tayar 120/70Z R17 M/C di depan dan 180/55Z R17 M/C di belakang dan sistem brek jenis dwi-cakera (depan) dengan kaliper 4-piston dan cakera tunggal (belakang).
  • Harga jualan di Thailand ialah 309,100 baht (RM41,620).
AP Honda Thailand Honda Honda Big Wing Honda CB650R (2021) Honda CBR650R (2021) Neo Sport roda2 sportbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
    Auto Terkini

    Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

    09/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.