MEMAHAMI keperluan pengguna dan mahu mempertingkatkan khidmat selepas jualan, Proton Holdings Berhad mengambil inisiatif dengan melanjutkan waktu operasi tujuh hari di pusat servis terpilih.
Bermula 6 Ogos 2016, sebanyak sembilan pusat servis terpilih sekitar Pulau Pinang, Perak, Johor Bahru, Selangor dan Melaka (rujuk jadual di bawah) akan beroperasi tujuh hari termasuk tuntutan jaminan serta pembaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, lanjutan waktu operasi adalah untuk mengurangkan tempoh menunggu dan beri lebih pilihan untuk pelanggan menghantar kereta pada hujung minggu.
TUNTUTAN JAMINAN DIBENARKAN PADA WAKTU MINGGU
" Apabila kita memulakan lanjutan waktu operasi sebelum ini, ia cuma menyediakan perkhidmatan servis biasa dan waktu operasi pula hanya hingga 12 tengahari pada hari minggu.
" Sekarang, kami melanjutkan waktu operasi pada hari Ahad sehingga jam 5 petang. Lebih penting, kami benarkan tuntutan jaminan pada hujung minggu di mana sebelum ini hanya boleh dilakukan pada waktu bekerja sahaja," ujarnya.
BACA>>> Kalau Saya CEO PROTON, Mungkin Perkara Ini yang Saya Buat…
TAMBAHAN 18 PUSAT SERVIS
Sementara itu, Proton akan menambah lagi 14 lagi pusat servis mulai 1 Oktober dan empat lagi cawangan pada 1 Disember 2016.
Syabas Proton. PanduLaju berharap agar perkhidmatan selepas jualan akan lebih baik seiring dengan kemajuan kenderaan Proton masa kini.
Leave a Reply