• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Van, 4x4 Terpakai Melonjak Sejak PKPB Dilaksanakan

Jualan Van, 4x4 Terpakai Melonjak Sejak PKPB Dilaksanakan

November 13, 2020 By Azizi H Leave a Comment

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERMINTAAN terhadap kereta dan van terpakai melambung tinggi berbanding kebiasaa sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jurujual kereta di Cheras, Khairil Anwar Jaafar, 41, berkata, peningkatan itu dapat dilihat bermula Mei lalu atas faktor tertentu. Selepas PKPB, ramai mencari van dan kenderaan pacuan empat roda (4x4) kerana kalangan pembeli sudah berhenti kerja dan ada yang hilang sumber pendapatan.

"Jadi apabila dapat wang pampasan, mereka buat keputusan buka perniagaan sendiri seperti servis penghantaran, perkhidmatan tarik kereta, menjual makanan dan sebagainya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Harga semasa van terpakai ketika ini ialah sekitar RM20,000 hingga RM70,000 mengikut jenama, manakala kereta pacuan empat roda RM50,000 ke bawah.

Menurut Khairil Anwar, permintaan tinggi untuk jenis kenderaan tersebut menyebabkan dia sukar mendapatkan unit dikehendaki tersebut. Jika sudah ada pun, kenderaan itu akan terjual kurang sebulan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sayap Niaga Sdn Bhd di Setapak, Mohd Azri Abdul Razak, 37, berkata, inisiatif dan kelonggaran diberikan Kerajaan turut menyumbang kepada kenaikan jualan kereta terpakai.

Menurutnya, sejak Mei lalu, ramai pelanggan membeli kereta berikutan moratorium dan pengecualian cukai jualan diberikan  Kerajaan hingga Disember ini.

“Kelonggaran diberikan ini secara tidak langsung memberi  lonjakan yang bagus kepada industri automobil. Walaupun hasil jualan tidaklah setinggi dulu, tapi kami masih mampu menjual 20 unit kereta sebulan.

Mohd Azri juga mengharapkan Kerajaan dapat melanjutkan tempoh moratorium dan mengekalkan insentif pengecualian cukai jualan kenderaan, termasuk kadar faedah pinjaman rendah bagi merancakkan industri automotif.

SUMBER: SinarHarian

Related

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Pacuan Empat Roda (4x4), Kereta terpakai, Roda4, Used Car

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my