• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Odyssey (2021) Facelift Diperkenal di Jepun dengan Rupa Depan Lebih Radikal

Honda Odyssey (2021) Facelift Diperkenal di Jepun dengan Rupa Depan Lebih Radikal

November 11, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

675
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Odyssey ialah kenderaan pelbagai guna (MPV), juga disebut wagon, yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Di Malaysia, Odyssey generasi pertama (RA1) hingga keempat (RB3) dijual menerusi pengimport bebas (AP), manakala model terbaharu (RC) ditawarkan Honda Malaysia.

Odyssey generasi kelima diperkenalkan di pasaran tempatan pada November 2013, iaitu dua bulan selepas pelancaran di Jepun. Selepas lama di pasaran tempatan, model dipertingkat (facelift) yang lebih canggih dilancarkan pada Februari 2018 dengan bampar, dan rim baharu serta dilengkapkan teknologi bantuan pemandu, Honda Sensing.

Kini Honda sekali lagi mengemas kini Odyssey dan mula diedar di Jepun pada 6 November lalu. Apa yang baharu pada model 2020?

BACA >>> Honda Odyssey (2018) Kini dengan Honda Sensing, Harga RM254,800

Paling jelas ialah bahagian depan yang menerima bampar, gril dan lampu LED baharu. Rekabentuk depan tampil berani dengan gril dominan, manakala lampu LED mengambil konsep model-model baharu Honda.

Ini sudah jadi trend MPV buatan Jepun masa kini yang dapat dilihat pada model seperti Toyota Vellfire dan Alphard, dan Nissan Elgrand.

Dari tepi, Odyssey (2021) facelift ini nampak seperti model terdahulu kecuali rim corak baharu. Apa yang canggih ialah teknologi pintu penumpang gelungsur automatik, iaitu menggunakan kawalan gestur dengan mengimbas tangan ke tepi tanpa sentuh dan pintu akan dibuka atau ditutup automatik.

Honda turut merombak rekaan bahagian belakang dengan lampu kombi tiga dimensi (3D) dan bampar baharu yang kini lebih ringkas. Model itu nampak lebih kontemporari dengan pengaruh berkotak ala MPV Amerika Syarikat (AS). Seperkara menarik, bahagian belakang Odyssey versi AS menggunakan lampu ala 'sepit ketam' seperti Civic dan Accord baharu.

BACA >>> Honda Odyssey (2021) Facelift Bakal Perkenal Teknologi Buka-Tutup Pintu Automatik

Ruang dalaman juga berubah menerusi rekaan baharu papan pemuka pada ventilator penyaman udara, kluster instrumen LCD 7 inci (daripada 3.5 inci) dan unit infotainment 10 inci. Sekali lagi, rekaan papan pemuka direka memanjang dengan warna coklat gelap seakan model AS. Ada dua pilihan tempat duduk, iaitu untuk tujuh dan lapan penumpang.

Menggerakkan Odyssey (2021) facelift ialah trenkuasa 2.0L DOHC i-VTEC dengan dua motor hibrid (e: HEV) dan padanan transmisi CVT elektronik dalam pacuan roda depan (FWD). Satu lagi pilihan 2.4L DOHC i-VTEC yang dipadankan transmisi CVT dengan penukar tork (torque converter) dalam opsyen FWD atau empat roda (4WD).

Ciri keselamatan Odyssey (2021) facelift dilengkapi teknologi Honda Sensing dengan fungsi suppression yang akan menghentikan kenderaan apabila kenderaan mengesan objek halangan di belakang ketika mengundur.

Ada enam pilihan warna ditawarkan, iaitu Obsidian Blue Pearl (biru, baharu), Super Platinum Metallic (perak), Premium Sparkle Black Pearl (hitam), Premium Venus Black Pearl (hitam) dan Platinum White Pearl (putih).

Mengenai harga, Odyssey (2021) facelift ditawarkan pada 3,495,000 yen (RM139,590) untuk varian asas Absolute FF dengan 8-kerusi hingga 4,580,000 yen (RM182,930) untuk varian premium e:HEV Absolute EX dengan 7-kerusi.

BACA >>> UK Lancar Honda Civic Type R (2020) dengan 4 Varian Pilihan, Harga Mula RM179k!

Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE EX 05
Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE EX 06
Honda ODYSSEY 03
Honda ODYSSEY
Honda ODYSSEY 01
Honda ODYSSEY 04
Honda ODYSSEY 02
Honda ODYSSEY ABSOLUTE
Honda ODYSSEY ABSOLUTE FF
Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE 01
Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE EX 01
Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE EX 02
Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE EX 03
Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE EX 04
Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE EX
Honda ODYSSEY EX FF
Honda ODYSSEY eHEV ABSOLUTE

Related

675
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, honda odyssey, Honda Odyssey 2020, Honda Odyssey Facelift (2021), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Wagon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev