• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Spesifikasi Geely Okavango (2021) Versi Filipina Didedahkan, Harga Mula RM103k

Spesifikasi Geely Okavango (2021) Versi Filipina Didedahkan, Harga Mula RM103k

November 3, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY Philippines bakal melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi Okavango (2021) tidak lama lagi yang dijangka menjadi pengubah permainan dalam segmen itu di Filipina.

Okavango (2021), yang tampil dengan slogan 'Wonderfully Distinct', menggabungkan ciri terbaik antara SUV dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam konfigurasi 7-kerusi dengan tiga baris tempat duduk.

BACA >>> MPV 6-Kerusi Wuling Victory (2021) Lancar di China, Harga Mula RM53.3k

Model itu, dijenamakan daripada Geely Haoyue yang dilancarkan di China awal tahun ini, akan menyertai model SUV Azkarra dan Coolray yang sudah pun dibawa masuk wakil pengedar Geely di Filipina, Sojitz G Auto Phillippines (SGAP) untuk pasaran negara Asean itu.

Nama 'Okavango' merujuk kepada Delta Okavango di Bostwana yang diiktiraf sebagai tujuh keajaiban semula jadi Afrika dan secara rasmi menjadi tapak ke-1,000 dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

SPESIFIKASI PENUH OKAVANGO

Terbaharu, beberapa media permotoran Filipina mendedahkan spesifikasi penuh Okavango (2021) yang akan ditawarkan dalam dua varian, Comfort dan Urban dengan menggunakan trenkuasa sama seperti Azkarra.

Harga? Katanya varian Comfort berharga 1,208,000 peso (RM103,800), manakal Urban 1,328,000 peso (RM114,110).

SUV ini dijana enjin petrol 3-silinder 1.5L  Turbo dengan DVVT dan dipadukan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V berkuasa 190hp @5,500rpm dan tork 300Nm @ 1,500-4,000rpm, manakala transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah. Sistem suspensi menggunakan strut MacPherson di depan dan Multilink di belakang, manakala saiz rim 17 inci untuk Comfort dan 18 inci, Urban.

Trenkuasa ini juga kali pertama diperkenalkan Geely untuk Okavango (2021) versi Filipina kerana model Haoyue di China dikuasakan enjin 4-silinder 1.8L Turbo berkuasa 181hp dan tork 300Nm, juga dengan kotak gear DCT 7-kelajuan.

Okavango (2021) dilengkapkan fungsi penyaman udara dengan kawalan klimat 3-zon, pemantau pandang keliling (AVM) 360º, enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Mula Daki (HSA), pengunci pusat dengan sensor halaju, Kawalan Turun Bukit (HDC), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) dan tiga mod memandu (Eco, Normal, dan Sport).

Ada 19 konfigurasi kerusi boleh dipilih mengikut kesesuaian pemanduan, konsol dua lapis, 42 ruang storan dan barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh lipat sepenuhnya.

Pratempahan Okavango (2021) sudah dibuka sejak 17 Oktober lalu dan SGAP turut menawarkan penjimatan 90,000 peso (RM7,730) kepada pelanggan yang membuat tempahan awal.

Selain potongan harga, SGAP juga menyediakan pakej servis tiga tahun yang terdiri daripada minyak enjin, alat ganti dan caj buruh kepada pelanggan yang menempah dan membeli SUV itu sepanjang tempoh pratempahan.

BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
BACA >>> Proton Sedang Bangunkan Exora Baharu Mirip Geely Jia Ji?

geely-okavango-filipina-1
geely-okavango-filipina-2
geely-okavango-filipina-3
geely-okavango-filipina-4
geely-okavango-filipina-5
geely-okavango-filipina-4
geely-okavango-filipina-1
geely-okavango-filipina-3
geely-okavango-filipina-2
spesifikasi-geely-okavango-2021-filipina

SUMBER: Carmudi | AutoIndustriya

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Crossover, Crossover 7-Kerusi, Geely, Geely Okavango, Geely Okavango (2021), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Sojitz G Auto Phillippines (SGAP), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev