• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Adakah Kuasa Kuda (hp) Faktor Paling Penting Memilih Motosikal?

Adakah Kuasa Kuda (hp) Faktor Paling Penting Memilih Motosikal?

November 6, 2020 By Wahid Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI terbaca komen pasal artikel pelancaran Triumph Trident 660, katanya, “Honda CB650F lagi power, 90hp++.” Bukan hendak mengutuk, tetapi ini tanggapan salah yang menunjukkan pembaca itu kurang pengetahuan.

Ramai menumpukan kepada angka kuasa kuda (hp) semata-mata, sedangkan ada banyak faktor lain yang mempengaruhi prestasi sesebuah jentera selain kuasa maksimum.

2021 Triumph Trident 660-9
triumph-trident-2021-1

Seperti kami paparkan dalam artikel 'Bagaimanakah Hendak Baca dan Fahamkan Graf Dyno?', angka tork enjin sering diabaikan, walaupun itu lebih penting ketika menunggang.

Sekarang, kita ambil contoh tiga model rujukan, iaitu Kawasaki Z650, Triumph Trident 660 dan Honda CB650F. Ketiga-tiga model itu jenis naked bike yang menggunakan konfigurasi enjin berbeza, iaitu 2-silinder, 3-silinder, dan 4-silinder.

Sebelum itu, kita wajib tahu apakah maksud TORK dan KUASA?

APAKAH MAKSUD TORK?

Tork (torque) ialah daya kilas yang diukur dengan simbol Newton Meter (Nm). Sekarang gambarkan aci engkol (crankshaft) berputar dan putaran itu menghasilkan daya yang memulaskan gear di hujung aci engkol tersebut. Gear itu pula bersambung dengan transmisi dan komponen lain untuk menghasilkan pecutan.

Dalam istilah kejuruteraan, tork ialah daya tulen dihasilkan enjin. Jadi, tork memberikan pikap apabila kita membuka terotel dari situasi pegun, atau ketika bergerak. Namun, ramai tersilap menyebut istilah itu dengan merujuk situasi memecut motosikal, contohnya, "Pikap motor ni power, beb!"

Sebenarnya, itu bukan power, tetapi tork.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Tork Penting untuk Kenderaan?

APAKAH MAKSUD 'KUASA' (POWER)?

Kuasa tidak dapat dihasilkan jika enjin tidak menghasilkan tork. Ini kerana kuasa ialah kadar seberapa pantas tork dihasilkan pada satu-satu masa. Maksudnya, kuasa (hp, hp, bhp, kW, PS) adalah seberapa banyak tork dihasilkan pada RPM tertentu.

Inilah sebab enjin harus diligatkan untuk menghasilkan kuasa lebih tinggi berbanding tork yang sentiasa ada selagi enjin dihidupkan. Formula ini membuktikan kenapa kuasa tiada tanpa tork dan RPM:

KUASA = TORK x RPM / 5,500RPM

Ingat sekali lagi, tork yang memberikan daya pecutan, bukan kuasa.

Perbandingan Dunia Nyata
KAWASAKI Z650TRIUMPH TRIDENT 660HONDA CB650F
  • Kuasa: 67.3hp @ 8,500RPM
  • Tork: 65.7Nm @  7,000RPM
  • Kuasa: 80hp @ 10,250RPM
  • Tork: 64Nm @ 6,250RPM
  • Kuasa: 94hp @ 10,000RPM
  • Tork: 63.7Nm @ 8,000RPM

Lihatlah, setiap model hampir tiada perbezaan kecuali kuasa maksimum (hp), tetapi ada aspek lain perlu diambil kira.

PECUTAN KETIKA RPM RENDAH

Merujuk jadual di atas, enjin Triumph menghasilkan tork pada RPM lebih rendah (6,250RPM). Secara teori, Trident 660 akan ke depan dulu, disusuli Kawasaki dan Honda.

PECUTAN KETIKA BERGERAK (ROLL-ON-ACCELERATION)

Keligatan memecut ketika motosikal bergerak sering diabaikan. Aspek ini bermaksud seberapa kuatkah motosikal itu dapat memecut supaya dapat menambah kelajuan untuk memotong atau lari dari kawan? Ujian ini menggunakan kaedah memecut dalam satu gear tanpa menukar gear.

Panduannya, lihat jurang RPM antara puncak tork dan kuasa. Selain itu, kita harus kaji jumlah tork dan kuasa pada RPM pertengahan. Jadi, motosikal manakah yang ada kedua-dua aspek, tork dan kuasa?

Jawapannya, Trident 660, kerana mempunyai 4,000RPM antara puncak tork dan kuasa sebelum diikuti Z650 dan CB650F. Model seperti CB650F pula perlu mengambil masa untuk memecut kerana perlu menunggu hingga ligatan menjangkau 8,000RPM.

Dek karakter enjin sedemikian, kita sepatutnya tidak akan mengeluh; “Enjin saya paling power, tapi kenapa motor lain ke depan dulu?”

BACA >>> Angka Kuasa Bimota Tesi H2 Didedahkan, Lebih Pantas daripada Kawasaki Ninja H2?

KELAJUAN TERTINGGI (TOP SPEED)

Honda CB 650F
Honda CB650F 2017.11

Secara teori, CB650F (foto atas) mempunyai kelajuan teratas aka top speed tertinggi kerana enjin menghasilkan kuasa maksimum paling tinggi.

Berdasarkan pengalaman saya, kuasa maksimum tidak selalu memberikan top speed lebih tinggi daripada motosikal berkuasa rendah. Ini kerana kita harus mengkaji aspek lain seperti nisbah gear dalam transmisi; nisbah gear sproket depan dan belakang, aerodinamik, berat, dan sebagainya.

Sebenarnya aspek paling penting, adakah enjin ada tork cukup kuat untuk memecutkan motosikal hingga top speed dengan pantas atau perlahan? Jika motosikal tiada tork kuat, masa lebih panjang diperlukan untuk sampai top speed. Sepanjang jurang masa itu, motosikal lain sudah pun jauh ke depan.

NOTA:

Secara am, enjin 2-silinder akan menjana tork kuat, manakala enjin 4-silinder menghasilkan kuasa maksimum lebih tinggi. Sebaliknya, enjin 2-silinder pula tidak dapat menghasilkan kuasa maksimum tinggi, sebaliknya enjin 4-silinder menghasilkan tork lebih rendah, atau tork dihasilkan pada RPM lebih tinggi.

Jadi, enjin 3-silinder menawarkan prestasi terbaik antara enjin 2-silinder dan 4-silinder, iaitu pecutan sekuat jentera 2-silinder dan kuasa maksimum 4-silinder. Fahamkan?

MENUNGGANG DUNIA SEBENAR

kapcai-laju
triumph-trident-2021-1

Sejujurnya, motosikal besar jarang menggunakan kuasa maksimum. Ini kerana agak tidak munasabah seseorang itu menunggang motosikal lebih 200kmj sepanjang masa kerana secara realisyik kita lebih bergantung kepada tork, bukan kuasa maksimum.

Ini berbeza motosikal kecil yang kurang tork, dan enjin mudah mencapai kuasa puncak apabila ditunggang pada 130-140kmj. Jadi, berhentilah cakap, “Y15ZR modi pun sampai 200 kmj,” tanpa mengambil tahu siapa pertama sampai pada halaju tersebut. Motosikal besar dengan tork tinggi atau motosikal kecil dengan tork rendah? Sila renungkan.

Kuasa maksimum hanya berguna di litar atas trek lurus yang panjang. Namun, enjin perlukan tork kuat untuk memecutkan motosikal keluar dari selekoh. Jika hanya ada kuasa maksimum tinggi dan tork rendah, percayalah motosikal itu tidak mampu sampai pada top speed.


PENUTUP

Jika kuasa maksimum ialah aspek terpenting untuk apa saja jenis motosikal, kenapakah tidak semua jentera dua roda dihasilkan dengan kuasa maksimum tinggi tanpa mengira tork, berat, aerodinamik, nisbah gear dan sebagainya?

Kami harap lebih ramai penunggang atau penggemar motosikal arif mengenai hal ini. Jangan terlalu berikan perhatian berlebih-lebihan kepada angka kuasa maksimum. Sebaliknya selidiklah aspek lain seperti dijelaskan di atas.

BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, kuasa, kuasa kuda (hp), Pentingkah Kuasa Kuda (hp), tork, Torque

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev