Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Curi Civic Polis: Teman Wanita Cakap Tak Kenal Suspek
Auto Terkini

Curi Civic Polis: Teman Wanita Cakap Tak Kenal Suspek

Azizi HBy Azizi H27/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA hari lalu tular insiden mengenai dua beradik lelaki mencuri kenderaan peronda polis (MPV) Honda Civic 1.8S semata-mata untuk menarik perhatian teman wanita si suspek abang.

Bagaimanapun, ‘teman wanita’ berusia 21 tahun itu mendakwa tidak mengenali suspek, sebaliknya dipaksa naik MPV yang dicuri tersebut.

Berdasarkan sumber dipetik NST, wanita itu mendakwa dibawa keluar ketika sedang bekerja di kedai telefon bimbit pada jam kira-kira 9.45 malam. Suspek dikatakan pergi ke tempat kerjanya dan mengarahkan dia supaya ikut sambil mendakwa diri sebagai anggota polis.

Menurut sumber lagi, wanita itu mengikut suspek selepas diberitahu yang dia ada beberapa kes jenayah yang perlu diselesaikan. Maklumat baharu itu nyata bertentangan dengan dakwaan suspek itu yang mengaku dia sebagai teman wanitanya. Polis kini masih menyiasat insiden berkenaan.

BACA >>> BMW F750GS Terbukti Mampu Bantu Polis London Kurangkan Kes Jenayah Moped

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian itu dan mengatakan wanita, suspek dan adik suspek kini direman empat hari untuk disiasat.

Dalam insiden malam Sabtu lalu (24 Oktober), dua beradik lelaki menyamar sebagai anggota polis dari unit Teknologi Maklumat yang datang untuk memeriksa kamera pemuka pada MPV jenis Honda Civic 1.8s. Pada masa kejadian itu, ada seorang anggota polis yang bertugas menyelia MPV berkenaan dan langsung tidak mengesyaki niat sebenarnya dua suspek berkenaan.

Suspek abang kemudian mengambil kunci kereta dari rak dan meninggalkan komputer riba sebelum memandu meninggal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara tanpa disyaki.

Hanya selepas 30 minit berlalu, barulah polis mengesyaki berlaku sesuatu tidak kena, tetapi MPV itu sudah pun dipandu sejauh kira-kira 370km, hingga ke Shah Alam sebelum suspek abang dan teman wanitanya dapat ditahan. Suspek adik pula diberkas di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada pagi Ahad lalu (25 Oktober).

BACA >>> Teknik Serbu, Tahan Suspek Bantu Kurangkan Jenayah Curi Motor di UK

SUMBER: NewStraitsTimes

Auto Terkini Curi Kereta Polis Honda Civic 1.8S Insiden Jenayah Kenderaan Peroda Polis (MPV) kereta peronda polis MPV
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.