• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Perak Perkenal Aplikasi Mobil 'Warong Rider' dengan Caj Hantar Murah

Kerajaan Perak Perkenal Aplikasi Mobil 'Warong Rider' dengan Caj Hantar Murah

October 22, 2020 By Azizi H Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Negeri Perak memperkenalkan perkhidmatan penghantaran menggunakan aplikasi mobil 'Warong Rider' untuk membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan memberikan peluang pekerjaan kepada golongan belia negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, inisiatif dilancarkan Kerajaan Negeri itu ialah usaha Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) dengan kerjasama Idea Creative Technology Sdn Bhd dan Digital Perak Corporation Holdings.

Inisiatif ini dijangka menjana 1,200 peluang pekerjaan kepada rakyat Perak, terutama golongan asnaf, penganggur dan kumpulan isi rumah B40. Peringkat awal ini, Kerajaan Negeri melantik 480 penghantar untuk berkhidmat di 24 kawasan Parlimen seluruh Perak.

BACA >>> MyProton: Aplikasi Mobil untuk Pemilik Proton, Segalanya Mudah di Hujung Jari

Menurutnya, Warong Rider menawarkan servis penghantaran seperti makanan, dokumen dan bungkusan, ubat-ubatan, barangan dapur dan membeli barangan peribadi. Justeru perkhidmatan ini diharapkan dapat membantu usahawan IKS Perak yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Berbanding perkhidmatan penghantaran sedia ada lain , Warong Rider mengenakan caj penghantaran lebih murah, iaitu hanya RM2 per 2km pertama dan 60 sen per kilometer seterusnya.

Penghantar akan diberikan gaji RM1,200 sebulan, dan turut menikmati imbuhan lain seperti Kit Pemula bernilai RM250 melalui Geran CONNECTIME daripada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, termasuk komisen penghantaran.

BACA >>> Škoda Connect - Aplikasi Mobil Pintar Ini Mampu Cegah Anak 'Fly' dengan Kereta

SUMBER: Bernama

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, Kerajaan Negeri Perak, Khairul Shahril Mohamed, Warong Rider

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev