• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Vietnam Lancar Exciter 150 dengan Warna Serba Baharu, Enjin Masih Sama

Yamaha Vietnam Lancar Exciter 150 dengan Warna Serba Baharu, Enjin Masih Sama

October 20, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMAN Facebook Yamaha Motor Vietnam (Yamaha Vietnam) semalam berkongsi beberapa foto, termasuk video untuk mengumumkan ketibaan empat seragam baharu supermoped popular jenama itu, Exciter 150 (Malaysia: Y15ZR).

Ada empat model berwajah segar didedahkan dalam promosi iklan dinamakan 'The Four Kings by Yamaha' dalam skema warna Blue Raptor, Night Flash, Fire Dust dan Green Beast.

BACA >>> #Spyshot: Lagi Imej Yamaha Y15ZR V3! Dikesan Diuji Bersama SYM VF3i

Tiada pembaharuan mekanikal ditampilkan dan Exciter baharu ini masih mengekalkan trenkuasa sedia ada, 150cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 15.4hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm. Sebagai tambahan, siri model ini dilengkapi sistem lampu LED, dan panel meter LCD digital.

Harga runcit disarankan untuk Exciter 150 ini ialah 47.99 juta dong (RM8,590), dan akan berada di pengedar sah Yamaha seluruh Vietnam bermula 1 November 2020.

Kira-kira lima bulan lalu, tersebar foto model misteri yang dipercayai Exciter 155 di media sosial. Jika dibandingkan model sedia ada, model baharu Yamaha itu dikatakan akan menerima pembaharuan menyeluruh dari segi rekabentuk baharu dan enjin dinaik taraf kepada 155cc dengan teknologi injap variabel VVA.

Bagaimanapun, sumber Yamaha Vietnam mengesahkan itu cuma khabar angin dan tidak benar. Wakil pengeluar itu juga mendakwa yang pelanggan perlu menunggu sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk Exciter generasi baharu.

Kali terakhir Exciter 150 menerima pembaharuan ialah pada 2018, melibatkan naik taraf lampu LED, spidometer digital dan tayar depan lebih besar dengan enjin seperti spesifikasi sekarang.

Yamaha Vietnam menawarkan tiga varian Exciter 150, iaitu RC, GP dan edisi khas dengan harga bermula serendah 46.99 juta- 48.99 juta dong (RM8,430-RM8,790).

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Exciter 150 Gaya R1 dengan Swingarm Ducati 1199 Panigale

GALERI

SUMBER: ZingNews |FB Yamaha Vietnam | YamahaVietnam

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, roda2, Supermoped, Yamaha, Yamaha Exciter 150, Yamaha Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my