ANDA mungkin sudah baca perbandingan kenderaan utiliti sukan terbaharu Proton, X50 dengan pesaing dalam kelas sama seperti Honda HR-V. Artikel ini kami bandingkan rupa luaran dan dalaman X50 dengan Geely Coolray versi Filipina.
Sebagai makluman, Coolray ialah nama global untuk Binyue yang dijual di pasaran China. Filipina membawa masuk Coolray seawal September tahun lalu, sekali gus menjadi negara Asean pertama menerima SUV tersebut.
BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?
Antara sebab Filipina menjadi destinasi pertama Asean untuk Coolray adalah kenderaan negara itu menggunakan pemanduan sebelah kiri (LHD). Jadi model dari China boleh dibawa masuk terus dalam unit import (CBU) tanpa melibatkan sebarang perubahan teknikal.
Sebaliknya X50 versi Malaysia memerlukan kerja-kerja kejuruteraan membabitkan penukaran teknikal daripada pemanduan dari kiri kepada kanan (RHD), dan aspek talaan suspensi termasuk perubahan kosmetik minimal.
BACA >>> Apakah Beza Empat Varian Proton X50?
Berikut perbezaan spesifikasi asas Coolray versi Filipina:
- Ada tiga varian: Comfort, Premium, Sport (X50: Standard ,Executive, Premium dan Flagship)
- Ada satu varian enjin sahaja: 3-silinder 1.5L TGDi berkuasa 177ps dan tork 255Nm (X50: Enjin TGDi cuma untuk varian Flagship, varian lain guna enjin baharu 3-silinder 1.5L Turbo, dihasilkan khas Geely untuk X50)
- Gril Cosmos (X50: gril Infinite Weave)
- Rim dwi-tona ilham rekaan turbin (X50: sama seperti Coolray)
- Pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat
- Ada lima warna: jingga, merah, putih, biru dan perak (X50: enam warna - tambahan warna kelabu @ Jet Grey. Biru pula jenis biru muda @ Ocean Blue)
- Transmisi: dual klac (DCT) 7-kelajuan
- Suspensi: Independen MacPherson (depan), torsion beam (belakang)
- Kapasiti minyak: 45 liter
- Anggaran penggunaan bahan api: 15km per liter
- Kapasiti kargo: 330 liter
- Tayar: 215/60 R17 - Comfort; 225/55 R18 - Premium dan Sport (X50 - 18 inci untuk Premium dan Flagship)
- Brek: Cakera depan dan belakang
- Dimensi: Panjang 4,330mm, lebar 1,795mm, tinggi 1,609mm, jarak rodak 2,600mm, tinggi kelegaan tanah 196mm
- Tiada ventilator penyaman udara di konsol tengah belakang, cuma ada palam USB (X50: Ada ventilator penyaman udara belakang)
- Ada pedal syif (X50: tiada pedal syif)
- Harga: Comfort - 978,000 peso (RM83,810), Premium - 1,088,000 peso (RM93,230), Sport - 1,198,000 peso (RM102,660) (X50: Standard - RM79,200, Executive - RM84,800, Premium - RM93,200, Flagship - 103,300)
- Ciri: (X50: Ada Sistem Bantuan Pemandu Termaju, ADAS 2.0)
- 6 beg udara, 4 beg udara untuk Comfort (X50: 4 beg udara untuk Standard)
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS): Premium dan Sport (X50: Premium dan Flagship)
- Warna badan dwi tona: Premium dan Sport (X50: Flagship)
- Kerusi: fabrik (Comfort), PVC (Premium), kulit (Sport) (X50: fabrik untuk Standard, kulit untuk varian lain)
- Bumbung Panoramik: Premium dan Sport (X50: untuk Flagship sahaja)
- Unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci dengan sistem GKUI: Semua varian (X50: untuk Premium dan Flagship)
- Brek Parkir Elektronik (EPB): Semua varian
- Bantuan Parkir Automatik (APA): Premium dan Sport (X50: Flagship sahaja)
- Brek Pegun Auto (ABH): Semua varian
- Lampu: Projektor halogen untuk Comfort dan Premium), LED penuh untuk Sport (X50: semua varian LED penuh)
- Lampu siang (DRL): Semua varian halogen, LED untuk Sport (X50: semua varian LED, kecuali Standard)
- Kawalan Jelajah (Cruise Control): Semua varian
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (ESC): Semua varian
- Kunci pintar: Premium dan Sport (X50: Semua varian)
- Hidupkan enjin kawalan jauh (Remote Start): Semua varian
- Punat tekan mula (Push-Start Button): Semua varian
Di bawah ini perbandingan berasaskan foto rasmi dari laman web Geely Filipina dengan imej rasmi Proton yang diberikan kepada media.
GRIL 'COSMOS' VS 'INFINITE WEAVE'
Rekaan gril berbeza. Coolray menggunakan rekabentuk Cosmos yang dikelilingi bingkai perisai merah, manakala X50 menggunakan gril Infinite Weave dengan frem Ethernal Bow dan sudah tentu ada lencana harimau Proton.
Perhatikan bahagian bumbung, rel bumbung Coolray diwarnakan hitam, sebaliknya X50 dicatkan perak. Rekaan rim kedua-dua model sama, dan begitu juga postur badan lain.
SPOILER BERBEZA?
Panel krom yan melintang sepanjang pintu but tertera perkataan 'GEELY' untuk Coolray, sebaliknya X50 tertera 'PROTON'. Kedudukan ekzos kembar di kira dan kanan bampar juga sama untuk Coolray dan X50. Bagaimanapun posisi penutup tangki minyak kekal sama, iaitu sebelah kiri, dan begitu juga rekaan difuser, panel plastik bawah pintu dan fender.
Rekabentuk spoiler nampak semacam berbeza antara Coolray dan X50. Spoiler Coolray kelihatan lebih tinggi. Ada lencana T-GDi pada bahagian bawah pintu depan X50 untuk menunjukkan itu varian Flagship, tetapi tiada untuk Coolray kerana model tersebut cuma ada satu varian enjin sahaja.
DALAMAN SAMA, BEZA POSISI DAN LENCANA STERENG
Tiada yang berbeza. Cuma posisi aturan papan pemuka diubah ke sebelah kanan untuk X50 membabitkan kedudukan gear, butang kawalan, dan stereng. Semestinya lencana harimau untuk X50.
UNIT INFOTAINMENT, SISTEM OPERASI SAMA
Juga sama antara Coolray dan X50. Coolray menggunakan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci jenis apung dengan sistem operasi GKUI. Jika diperhatikan lebih dekat, punat kawalan klimat (climate control) penyaman udara juga berubah posisi kiri ke kanan.
BACA >>> Filipina Jadi Negara Asean Pertama Lancar Geely Coolray (Binyue), Harga Mula RM79k
Paul says
No paddle shifters
No vanity mirror light
Frameless rear view mirror