Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Camry Kena Reman 4 Hari, Mangsa Sudah Dikenal Pasti
Auto Terkini

Pemandu Camry Kena Reman 4 Hari, Mangsa Sudah Dikenal Pasti

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUSULAN berita penahanan pemandu Camry dalam insiden langgar lari  yang tular di media sosial beberapa hari lalu, polis turut mengesan mangsa motosikal terbabit dalam kemalangan tersebut.

Insiden berlaku apabila kereta jenis Toyota Camry dari arah Pahan ke Kuala Lumpur melanggar lari penunggang dan pembonceng motosikal di Kilometer (KM) 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin. Aksi itu dirakamkan kamera pemuka pengguna jalan raya yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mangsa ialah penunggang dan pembonceng berusia 26 tahun yang kedua-duanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong. Dua mangsa itu juga akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk memberikan keterangan.

BACA >>> Toyota Camry Black Edition JDM Rai Ulang Tahun ke-40 di Jepun

Menurut JSPT Bentong, pemandu Camry (foto atas) direman empat hari untuk menjalani ujian saringan awal air kencing, manakala kenderaan miliknya ditahan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan rakaman video, pemandu tersebut memasuki lorong kecemasan secara mengejut dari lorong kiri ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan depan. Pada masa sama, penunggang lelaki bersama pembonceng wanita berada di lorong berkenaan dan gagal mengelak kenderaan suspek sebelum dilanggar dan terjatuh ke bahu jalan.

Bagaimanapun, suspek langsung tidak berhenti dan terus beredar meninggalkan tempat kejadian sebelum hadir menyerahkan diri petang semalam. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> MB Peja Tukar Lexus ES Sebagai Kereta Rasmi, Camry Lama Serah Kepada ADUN

SUMBER : BHarian | BHarian|HMetro

Auto Terkini Datuk Azisman Alias Kemalangan Langgar Lari Pemandu Camry Langgar Lari roda2 video tular
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Bekalan Petroleum Malaysia Cukup Hingga Mei

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.