SELEPAS rookie Brad Binder menghadiahkan podium juara pertama kepada pasukan pengilang Red Bull KTM Factory, kini giliran Miguel Oliveira pula memberikan kemenangan buat pasukan satelit dari Austria itu, Red Bull KTM Tech3 di GP Styria di Litar Red Bull Ring.
Malah, KTM turut meraih podium ketiga menerusi Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory) yang berentap sengit dengan pelumba Pramac Ducati, Jack Miller hingga selekoh akhir.
BACA >>> #MotoGP2020: Binder Beri KTM Juara Pertama, Morbidelli Raih Podium Sulung!
Perlumbaan asal terpaksa dihentikan berikutan kemalangan menimpa Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) yang mengalami masalah kegagalan brek pada kelajuan 230kmj di selekoh pertama hingga langsung memusnahkan jenteranya. Bagaimanapun, pelumba Sepanyol itu tidak mengalami kecederaan.
Sebelum perlumbaan dihentikan, pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir mendahului barisan pelumba depan, disusuli Takaaki Nakagami (LCR Honda) dan Miller. Namun, dia tidak dapat menukar tayar depan baharu apabila perlumbaan dimulakan semula ketika ramai pelumba lain mula menukar tayar belakang daripada medium kepada lembut.
Pelumba Reale Avintia, Johann Zarco, yang tidak dapat menyertai sesi latihan bebas Jumaat lalu, selepas baru pulih daripada pembedahan pergelangan tangan kanan, asalnya mempamerkan aksi mengejutkan pada sesi kelayakan dengan mendapat kedudukan ketiga.
Bagaimanapun, dia perlu bermula di lorong pit kerana dikenakan penalti atas insiden kemalangan melibatkan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) yang berlaku di GP Austria, minggu lalu. Miller pula mengalami kecederaan bahu kerana terjatuh pada sesi kelayakan.
Duo pasukan satelit Yamaha, Fabio Quartararo dan Morbidelli sekadar menamatkan saingan di tempat ke-13 dan 15, manakala Valentino Rossi kesembilan yang juga kedudukan terburuk diperolehnya setakat musim 2020 ini.
BACA >>> Rossi Geram dengan Zarco Sebab Sengaja 'Brek Depan Muka' Morbidelli
KEPUTUSAN GP STYRIAN MOTOGP 2020
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) 16m 56.025s
- Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) +0.316s
- Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) +0.540s
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +0.641s
- Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) +1.414s
- Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +1.450s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +1.864s
- Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* +4.150s
- Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +4.517s
- Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +5.068s
- Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) +5.918s
- Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +6.411s
- Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) +7.406s
- Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) +7.454s
- Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +10.191s
- Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +10.524s
- Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +11.447s
- Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +11.943s
- Bradley Smith GBR Aprilia Gresini (RS-GP) +12.732s
- Michele Pirro ITA Pramac Ducati (GP20) +14.349s
- Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) +14.548s
- Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) DNS
* Rookie
Leave a Reply