• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Veloster N Line (2021) Kini dengan Kotak Gear DCT 8-Kelajuan

Hyundai Veloster N Line (2021) Kini dengan Kotak Gear DCT 8-Kelajuan

August 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Veloster N Line (2021) kini tiba di Amerika Syarikat (AS) dengan transmisi dual-klac basah 8-kelajuan sebagai pilihan lain selain transmisi manual 6-kelajuan sedia ada.

Hot-hatch dengan transmisi baharu itu akan berada di pusat jualan seluruh AS bermula Oktober nanti. Bagaimanapun harga versi DCT itu tidak didedahkan.

Kotak gear DCT buatan Hyundai itu disokong dengan ciri padanan rev (rev-match) dan kawalan luncur (launch control). Mod N Power Shift akan diaktifkan apabila ECU mengesan penggunaan terotel lebih 90 peratus bagi mengurangkan jumlah kehilangan tork antara anjakan gear untuk mendapatkan lebih banyak cengkaman atas jalan.

Menerusi DCT 8-kelajuan ini, Veloster N Line (2021) mampu mencapai pecutan 0-100kmj sepantas 5.6 saat berbanding 5.8 saat dengan transmisi manual. Jika ingin mengasak hot-hatch ini lebih agresif, ada mod N Grin Shift yang akan meningkatkan output tork hingga 377Nm  selama 20 saat berbanding biasa 353Nm. Ini juga mengaktifkan tetapan geseran gear paling agresif.

Pemandu juga boleh menggunakan pedal syif untuk merasakan lebih sensasi pemanduan. Ciri standard dilengkapi kerusi sport baharu dengan berat lebih ringan 2kg berbanding kerusi lama. Turut tersedia logo N pada penyandar belakang dengan lampu kabin berbeza.

Veloster N (2021) juga didatangkan standard dengan Pakej Performance sebagai opsyen tambahan bernilai AS$2,100 (RM8,810). Ini bermaksud output standard hot-hatch ini ialah 275hp tanpa perlu mendapatkan pakej itu untuk mendapat akses kuasa tambahan.

Ciri lain terdiri daripada rim aloi 19 inci, cakera brek lebih besar, dan diferensial gelincir terhad (LSD), manakala unit infotainmen 8 inci kini standard dengan navigasi. Pemandu juga diberikan sistem bantuan pemandu yang terdiri daripada Bantuan Elak Perlanggaran Depan(FCAA), Bantuan Lorong (LA), Bantuan Susur Lorong (LFA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BSCAA) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Hyundai Santa Fe Berbaloi Dibeli
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan

hyundai-veloster-n-line
hyundai-veloster-n-line-dct-8-speed-2
hyundai-veloster-n-line-dct-8-speed-3
hyundai-veloster-n-line-dct-8-speed-4
hyundai-veloster-n-line-dct-8-speed-5
2020-Hyundai-Veloster-N-4
2020-Hyundai-Veloster-N-5

Related

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hyundai, Hyundai Veloster N Line, Roda4, Transmisi Dual-Klac DCT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev