• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 14 Fakta Pantas: BMW M135i xDrive Lancar di Malaysia, Tawar Skim Ansuran RM4k Sebulan

14 Fakta Pantas: BMW M135i xDrive Lancar di Malaysia, Tawar Skim Ansuran RM4k Sebulan

July 27, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Group Malaysia (BGM) rasmi memperkenalkan produk baharu 'The 1' yang menjadi model perdana dalam barisan famili 1 Series. Model hatchback premium generasi ketiga, BMW M135i xDrive menampilkan pembaharuan terkini dengan karakter tersendiri.

Berikut 14 fakta ringkas BMW M135i xDrive (2020) yang baru saja berlabuh di Malaysia:

BACA >>> #RetroAuto: Vauxhall 1903 - Kereta 4 Kerusi Berkuasa 5hp yang Berusia 117 Tahun

1. BMW M135i xDrive mempertaruhkan enjin 4-silinder 2.0L TwinPower Turbo M Performance berkuasa 306hp dan tork 450Nm dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 4.8 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.

2. Kabin kini lebih lapang menerusi penambahan lebar  +34mm dan ketinggian +13 mm, sekali gus menawarkan ruang lutut dan lengan besar yang memudahkan penumpang masuk dan keluar. Kapasiti but belakang dipertingkat kepada 380 liter (+20 liter).

3. Penampilan lebih menonjol dengan padanan gril buah pinggang Kidney unik dalam warna Cerium Grey (kelabu). Rekabentuk jejaring kini menggantikan palang vertikal klasik, dan BMW buat kali pertama mengetengahkan  gril Kidney kembar yang disatukan.

4. Lampu depan LED Adaptif dilengkapkan dengan fungsi bantuan lampu tinggi moden. Luaran badan disempurnakan dengan padanan inlet udara depan dan sisi, manakala perumah cermin sisi dan paip ekzos 100mm mendapat kemasan kelabu Cerium Grey.

5. Imej kompak sporty diserlahkan rim aloi ringan 19-inci V-spoke 557 M Bicolour dan lampu belakang tiga dimensi (3D) bentuk L yang memberikan visual lebar dengan spoiler eksklusif BMW M.

6. Ruang kokpit BMW M135i xDrive lengkap dengan trim ‘Illuminated Boston’ bersama  kulit Dakota untuk kemasan upholsteri. Kelihatan lencana M menghiasi kerusi sport, tali keledar dan stereng, manakala lencana M135i dapat dilihat pada sil pintu depan.

BACA >>> #PanduUji: BMW 630i GT - Fastback Berprestasi Serba Mewah yang Praktikal

7. Kerusi depan boleh dilaras secara elektrik bersama ciri memori untuk bahagian pemandu. Turut tersedia pendingin hawa dua zon automatik bersama BMW Individual Headliner Anthracite serta ciri cas tanpa wayar. Alunan muzik ke seluruh kabin dipancarkan menerusi sistem bunyi 16 pembesar suara dari Harman Kardon.

8. BMW Live Cockpit Professional menampilkan Sistem Operasi (OS) BMW 7.0 dengan paparan instrumen 10.25 inci, termasuk paparan kawalan skrin sentuh 10.25 inci resolusi tinggi. Hatchback premium ini juga dilengkapi Kunci Digital BMW, Apple CarPlay, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan Pembantu Peribadi Pintar BMW.

9. Keselesaan pemanduan disokong suspensi M Sport dan brek M Sport, serta turut dilengkapi ciri Active Sound Design dengan berfungsi sebagai penguat bunyi enjin yang dimodulisasi untuk runut bunyi sporty dalam kabin tanpa mengeluarkan bunyi bising dari luar.

10. Buat kali pertama juga BMW menerusi M135i xDrive menampilkan model pacuan roda depan(FWD) dengan teknologi BMW i untuk karakteristik pemanduan cemerlang. Teknologi pengehad gelincir roda ARB (aktuator contiguous wheel slip limitation) pada model elektrik BMW i3 digunakan bagi menambah baik traksi dan membenarkan campur tangan ke atas sistem untuk untuk gandar depan. Ini direalisasikan melalui sistem kawalan gelincir dalam unit kawalan enjin (ECU).

11. BMW Personal CoPilot menampilkan ciri Bantuan Pemanduan, termasuk Bantuan Parkir dan Undur, terdiri daripada:

  • Amaran Tukar Lorong(LDW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Bantuan Had Kelajuan (SLA)

12. BMW M135i xDrive baharu ini ditawarkan dalam warna Alpine White, Black Sapphire, Misano Blue, Mineral Grey dan Melbourne Red. Pemilik juga boleh memadankan warna luaran pilihan dengan upholsteri kulit Dakota hitam atau merah.

13. M135i xDrive akan berada di semua bilik pameran BMW sah di seluruh negara pada 28 Julai ini pada harga RM355,646.25. Dengan skim ‘Balloon Financing Plan’ ditawarkan BMW Group Financial Services Malaysia, hatchback mewah ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan serendah RM4,058.00, mengikut anggaran pinjaman 80 peratus tempoh pinjaman lima tahun.

14. PemilikM135i xDrive (2020) juga berpeluang menikmati pengalaman Pemilikan Premium dijanjikan BGM:

  • Waranti 5 tahun tanpa perbatuan, dan program servis berkala percuma
  • Bantuan jalanan dan talian hotline kemalangan BMW
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ menerusi kad privilej BMW Privileges Card
  • Servis atas talian BMW

BACA >>> Inilah Rupa Kia Sportage Apabila Pasang Gril BMW

GALERI

Related

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Balloon Financing Plan, BMW, BMW 1 Series, BMW Group Malaysia (BGM), BMW M135i xDrive, BMW M135i xDrive (2020), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my