• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Abang Polis, Brader RFS 150iLE Selamatkan Monyet Tengah Lebuh Raya

#Videotomotif: Abang Polis, Brader RFS 150iLE Selamatkan Monyet Tengah Lebuh Raya

July 22, 2020 By Aryon Leave a Comment

698
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU video penyelamatan seekor anak monyet tular di media sosial yang memaparkan detik seorang anggota polis dan seorang penunggang motosikal cuba menyelamatkan haiwan malang itu.

Dalam rakaman video berdurasi hampir dua minit itu, seorang anggota polis yang menghentikan kereta perondanya di tengah laluan utama, dirakamkan cuba menyelamatkan seekor anak monyet yang cedera dan dalam keadaan lemah.

Kali pertama cuba diangkat anggota polis, monyet itu bertindak agresif sebelum datang seorang penunggang Benelli RFS 150iLE edisi terhad untuk membantu. Sarung tangan yang dipakai memberikan dia kelebihan dan keyakinan untuk memegang monyet tersebut yang kemudian dibawa ke seberang jalan untuk dilepaskan.

Ramai warga maya memuji keprihatinan anggota polis dan penunggang RFS tersebut. Semoga kebaikan mereka dibalas dengan kebaikan dan menjadi inspirasi buat kita semua untuk menjadi pengguna yang prihatin.

Antara rakaman menarik ialah kelibat RFS 150iLE edisi terhad yang cuma ada 5,000 unit saja seluruh Malaysia. Begitu juga sekilas pandang rokok Marlboro terselit di celah belakang kerusi kereta peronda polis. Memang steady abang polis videografer kita!

BACA >>> Benelli RFS150i LIMITED EDITION - Terhad 5k Unit Sahaja, Siap Nombor Siri dan Sijil Khas!

Related

698
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Benelli RFS 150iLE, Benelli RFS 150iLE Edisi Terhad, Lebuh Raya, Polis dan Penunggang Motosikal Selamatkan Monyet, roda2, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my