• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKPB: Semua Pasar di WP Kembali Dibuka 15 Jun Ini dengan SOP

PKPB: Semua Pasar di WP Kembali Dibuka 15 Jun Ini dengan SOP

June 6, 2020 By Han Othman Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun ini, tertakhluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Keputusan terbaharu itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Waktu operasi adalah seperti berikut:

  • Pasar pagi dan pasar terbuka - 6 pagi hingga 11 pagi
  • Pasar malam - 4 petang hingga 10 malam
  • Bazaria - 5 petang hingga 11 malam

SOP yang perlu dipatuhi adalah penjarakan sosial 1.5 meter hingga 2 meter, manakala lokasi kawasan perlu terbuka dan berpagar untuk mengawal laluan keluar masuk sehala.

Jualan makanan di pasar-pasar tersebut hanya dibenarkan bawa pulang sahaja. Peniaga pula perlu memakai pakaian perlindungan diri, sarung tangan dan pelitup muka.

BACA >>> PKPB: Kedai Gunting Rambut Boleh Buka 10 Jun Ini dengan Tambahan 3 SOP Ketat

WAJIB GUNA APLIKASI MYSEJAHTERA


Pada masa sama, peniaga serta pengunjung diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak menutup mana-mana perniagaan yang tidak mematuhi SOP.

Garis panduan SOP tersebut juga boleh digunakan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pasar-pasar seluruh Malaysia.

BACA >>> PKPB: Mesin ATM Kembali Operasi 24 Jam, 1 Jun

SUMBER: Bernama

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bazaria, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pasar Malam, Pasar Malam Dibuka, Pasar Tani, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKPB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev