• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Azmin: Halang Operasi Syarikat, Kerajaan Negeri Boleh Kena Tindakan Undang-Undang!

Azmin: Halang Operasi Syarikat, Kerajaan Negeri Boleh Kena Tindakan Undang-Undang!

May 5, 2020 By Han Othman Leave a Comment

326
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Negeri
boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak, terutama pihak industri jika menghalang mana-mana syarikat memulakan operasi bermula 4 Mei 2020, kata Menteri Kanan, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, Kerajaan memandang serius pendirian beberapa Kerajaan Negeri yang enggan melaksanakan keputusan membuka semula ekonomi seperti dibenarkan Kerajaan Persekutuan.

Tindakan Kerajaan Negeri tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan bercanggah dasar Kerajaan Persekutuan. Lebih-lebih lagi dasar Kerajaan Persekutuan sudahpun dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa seluruh negara,” katanya, semalam.

BACA>>> #TahukahAnda: 5 SOP ASAS yang Majikan, Pekerja Kena Buat Sepanjang PKPB
BACA>>> Covid-19: Thailand Pun Longgar Sekatan Pergerakan, Kedai Gunting Rambut Boleh Buka

KEPUTUSAN SUDAH DIBENTANGKAN SEMUA PIHAK

Bermulai semalam, hampir semua sektor ekonomi dibenarkan Kerajaan untuk kembali beroperasi di bawah syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dirangka penuh teliti, berhati-hati dan bertanggungjawab selain didokong data dan kajian Kementerian Kewangan, MITI, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Khazanah Nasional Berhad.

Malah, hasil kajian dibentangkan untuk perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28 April, 2020.

Menurutnya, berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat, Kerajaan-Kerajaan Negeri sedar jika PKP sedia ada dilanjutkan hingga Jun 2020, kesan kumulatif kehilangan pendapatan negara dianggarkan mencapai RM146 bilion atau kekurangan 10.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang boleh menghapuskan kemajuan ekonomi yang dicapai sepanjang empat tahun lalu.

Mohamed Azmin berkata;

Sehubungan itu, mesyuarat ini bersetuju membuka semula sektor-sektor ekonomi dalam tempoh PKPB bermula 4 Mei 2020. Kerajaan Persekutuan akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif dan ketat untuk diguna pakai semua pihak dan SOP ini disediakan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri.

“Bagi tujuan penjelasan, SOP ini sudahpun diserahkan kepada semua Kerajaan Negeri pada 2 Mei 2020 iaitu sebelum tarikh penguatkuasaan PKPB."

PKPB SELARAS AKTA 342

pusat-servis-toyota-pkp-bg
atm-meps-tiada-caj-keluar-pkp-bg

Beliau berkata lagi, Kerajaan melaksanakan PKP selaras peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung. Pelaksanaan PKP adalah seluruh negara, melibatkan semua negeri di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, semua peraturan yang dibuat di bawah Akta 342 adalah undang-undang khusus bagi tujuan mencegah dan mengawal penularan Covid-19. Ini bermakna akta tersebut mengatasi peruntukan undang-undang bertulis lain mengenai pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Justeru keputusan Kerajaan Persekutuan adalah sah dari segi undang-undang. Malah, Akta 342 sudah digubal dan dikuatkuasakan bermula 1 April 1989 dengan mendapat persetujuan Negeri-Negeri pada masa itu, termasuk Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan satu undang-undang seragam bagi tujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit di Malaysia dan berkuat kuasa seluruh negara.

Mohamed Azmin berkata lagi, Kerajaan juga mengambil langkah mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sektor ekonomi, terutama persatuan industri, dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa, dan pengusaha industri kecil dan sederhana bagi mengenal pasti impak kepada kelangsungan perniagaan, rantaian bekalan dan pekerjaan.

Justeru, Keputusan kerajaan membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi untuk memulihkan dan merangsang semula ekonomi dijangka memberi impak positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara, bukan saja di peringkat Persekutuan, malahan juga peringkat negeri,” katanya.

Semalam, lapan negeri memutuskan untuk tidak melaksanakan PKPB, iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Selangor  kerana belum bersedia membuka sektor ekonomi negeri masing-masing.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Sektor yang DIBENARKAN Buka Operasi 4 Mei Ini

SUMBER: Bernama

Related

326
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), MITI, Mohamed Azmin Ali, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKPB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev