BANYAK kereta boleh dibeli sesiapa saja, tetapi ada segmen khas supercar yang hanya dijual eksklusif kepada pelanggan tertentu yang memenuhi kriteria pengeluar.
Dalam dunia ini memang wujud kelas pelanggan jutawan yang sentiasa memburu jentera-jentera mahal. Ada yang benar-benar mahu menikmati kuasa liar supercar, dan ada pula sekadar hendak memuaskan mata memandang dengan memenuhkan koleksi garaj.
Namun, ada beberapa model yang hanya akan dibikin mengikut permintaan pelanggan. Itupun jika pelanggan tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan pengeluar supercar tersebut. Siapa cakap ada duit semua jadi? Jom kami senaraikan 14 supercar yang perlukan kebenaran khas pengeluar sebelum dapat dimiliki:
BACA >>> Alfa Romeo Giulia GTA - Supercar Tribut yang Serba Seksi
1. BATTISTA ANNIVERSARIO
Pameran Auto Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020 menyaksikan debut dunia model hypercar elektrik edisi terhad, Battista Anniversario yang bernilai sekitar AS$2 juta (RM8.7 juta). Model ini terhad kepada lima unit sahaja dan tidak dijual secara terbuka. Pembeli terpilih dikhaskan kepada pelanggan biasa Pininfarina sahaja.
2. MCLAREN P1 GTR
Definisi standard McLaren P1 diungkapkan ketika pelancaran 2014. Tidak lama kemudian, pengeluar British itu memperkenalkan versi lebih ekstrem, dinamakan P1 GTR, bernilai AS$3 juta (RM13 juta). Model ini dikeluarkan dalam bilangan terhad, khas untuk pelanggan jutawan yang sudah memiliki P1 standard.
3. ASTON MARTIN LAGONDA TARAF
Aston Martin Lagonda Taraf masih kekal sebagai sedan eksklusif paling jarang dapat dilihat dan sukar difahami di planet Bumi ini. Model ini dijana enjin 6.0L V12 dan ditawarkan kepada pelanggan di Timur Tengah menerusi jemputan khas sahaja.
4. MERCEDES AMG PROJECT ONE
AMG Project One adalah salah satu hypercar paling dinanti-nanti kerana ciri model ini yang menggabungkan teknologi FI dan sah dipandu atas jalan raya biasa. Mercedes merancang membina 275 unit sahaja dan sudah pun habis dijual untuk pelanggan undangan.
5. FERRARI SERGIO PININFARINA
Supercar eksklusif ini didedahkan sempena Pameran Auto Antarabangsa Geneva (GIMS) 2013 dan hanya dikeluarkan enam unit sahaja. Semua unit itu dikhaskan buat pelanggan setia yang menyokong jenama supercar Itali itu selama bertahun-tahun.
6. ASTON MARTIN VALKYRIE
Aston Martin mempamerkan salah satu projek paling bercita-cita tinggi ketika Valkyrie memulakan karier pada 2017. Supercar ini memiliki pakej aero luar biasa dengan ledakan kuasa 1,000hp. Nilainya kira-kira AS$3 juta (RM13 juta), tetapi bukan semua orang kaya dibenarkan memandu kereta itu. Status pelanggan akan diperiksa dan disaring terlebih dahulu mengikut kriteria pengeluar.
BACA >>> #BikinKereta: 'Supercar Malaysia' dengan Ekstra Kuasa Turbo
7. FERRARI MONZA SP1 & SP2
Duo supercar istimewa Monza ini bernilai hampir AS$2 juta (RM8.7 juta) dan terhad untuk 499 pelanggan bertuah sahaja. Walaupun angka keluaran agak besar, tetapi Ferrari cuma akan menjual kepada pelanggan yang layak sahaja. Salah satu syarat adalah mereka yang setia dengan jenama tersebut atau dalam bahasa mudah, sudah memiliki banyak model Ferrari dalam garaj.
8. BUGATTI CHIRON
Hari ini anda boleh mengunjungi pusat jualan Bugatti dan membeli Chiron baharu. Bagaimanapun, situasi berbeza apabila hendak memilih material mengikut cita rasa sendiri. Anda perlu mendapatkan jemputan pengeluar Perancis itu untuk ke kilang Molsheim dan jemputan itu tidak cukup dengan hanya bergelar jutawan. Ini kerana rata-rata pemilik Bugatti memiliki kira-kira 40 kereta dan mungkin jet peribadi. Maknanya anda perlu jadi super kaya!
9. ASTON MARTIN VULCAN
Vulcan ialah supercar dengan enjin aspirasi natural (NA) V12 berkuasa 800hp. Hanya 25 unit dihasilkan dan dikjaskan untuk pelanggan terpilih tertentu. Pelanggan juga perlu menjalani program latihan khas di bawah seliaan pelumba profesional.
10. FORD GT
Sejak dilancarkan, Ford GT memang sukses. Pada 2020, Ford mengumumkan rancangan meningkatkan pengeluaran model itu daripada 1,000 unit kepada 1,350 unit. Namun, itu belum tentu semua orang dapat memiliki model ini kerana pelanggan perlu menghantar borang permohonan dan mematuhi syarat pemanduan secara berkala dan pemilikan selama dua tahun selepas pembelian.
BACA >>> Bukan Sekali, Ford GT (2017) Milik John Cena Ini Dilelong Buat Kali Ketiga!
11. FERRARI FXX K EVO
FXX K Evo berkuasa 1,000hp ini dijual pada harga sekitar AS$2.5 juta (RM10.7 juta). Anda mesti dijemput Ferrari untuk membeli hypercar edisi trek itu dan mesti ada komitmen untuk memandu model tersebut pada acara Track Day tajaan Ferrari sepanjang tahun.
12. PAGANI HUAYRA IMOLA
Kereta ini menawarkan pakej aerodinamik ekstrem menerusi banyak ujian dan penyelidikan dilakukan di trek Itali. Horacio hanya membina lima unit Huayra Imola yang ditawarkan kepada pelanggan Pagani setia sahaja.
13. FERRARI 488 PISTA PILOTI
Pista Piloti diperkenalkan Ferrari pada 2018 sebagai edisi terhad 488 Pista. Namun, anda tidak boleh masuk ke bilik pameran untuk membeli model ini. Ini kerana pengeluar supercar Itali hanya model 710hp itu kepada pelanggan yang menjadi ahli program lumba.
14. BUGATTI DIVO
Ada kepuasan tertentu mengenai Bugatti selepas pengeluar itu melancarkan hypercar Divo kepada umum. Bugatti hanya hanya merancang menghasilkan 40 unit Divo dan semua sudah pun habis terjual. Kereta bernilai hampir AS$6 juta (RM26 juta) itu, ditawarkan kepada pelanggan terpilih, iaitu mereka yang sudah memiliki Chiron.
BACA >>> Ronaldo Beli Bugatti Centodieci, RM46j?
BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu
SUMBER: Hotcars
Leave a Reply