• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PRIHATIN: Pekerja PKS Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah Maksimum RM1.2k Sebulan!

PRIHATIN: Pekerja PKS Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah Maksimum RM1.2k Sebulan!

April 6, 2020 By Azhan O 15 Comments

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN menerusi ucapan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi berbesar hati menyemak semula Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kerajaan bersetuju menaikkan Subsidi Upah daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion daripada peruntukan PRIHATIN sebelum ini dalam usaha meringankan bebas PKS, sekali gus menjamin pekerjaan kira-kira dua pertiga daripada jumlah pekerja dalam negara.

Berdasarkan Subsidi Upah terbaharu diumumkan Kerajaan, semua syarikat yang memiliki pekerja tempatan dengan gaji RM4,000 ke bawah akan menerima:

  • RM600 setiap pekerja - Untuk syarikat dengan jumlah pekerja lebih 200 orang, jumlah maksimum pekerja layak dinaikkan daripada 100 kepada 200 orang.
  • RM800 setiap pekerja - Untuk syarikat dengan jumlah pekerja 76-200 orang.
  • RM1,200 setiap pekerja - Untuk syarikat dengan jumlah pekerja kurang 75 orang.

Subsidi  Upah tersebut akan diberikan selama 3 bulan, dan dikhususkan kepada majikan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2020, termasuk mendaftar Perkeso.

Bagaimanapun, syarikat yang mahu mendapatkan insentif ini disyaratkan mengekalkan pekerja sekurang-kurangnya 6 bulan, iaitu tiga bulan ketika menerima Subsidi Upah dan tiga bulan lagi selepas itu.

HANYA MAJIKAN BOLEH MOHON

Maksudnya, bantuan subsidi upah RM1,200 sebulan sebenarnya adalah untuk meringankan beban majikan menanggung gaji pekerja. Majikan boleh mohon untuk 'topup-kan' gaji pekerja.

Sebagai contoh, gaji anda RM2,000 sebulan. Menerusi bantuan ini, majikan hanya perlu membayar RM800 dan selebihnya RM1,200 akan dibayar Kerajaan. Ini bermakna, pekerja masih lagi dapat gaji sama.

Majikan yang mampu membayar gaji penuh pekerja seperti biasa boleh tidak memohon bantuan itu. Maklumat lanjut boleh semak dengan bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HR) syarikat masing-masing.

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN, PRIHATIN PKS, Subsidi Upah, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Comments

  1. Siew Peng says

    April 7, 2020 at 11:57 AM

    Can a general practitioner clinic apply for this n how do we apply? Thank you

    Reply
  2. Mohd Amirul Bin Md Rosman says

    April 7, 2020 at 2:02 PM

    Saya masih bekerja dalam masa PKP.. Majikan bayar gaji saya dengan betul.. Tapi patutkah majikan perlu mohon subsidi upah rm600 untuk topup pada gaji pekerjanya? Sedangkan kami yang masih bekerja hanya dapat gaji seperti biase, tapi mereka yang tidak bekerja pon masih dapat gaji seperti biase.. Tidak adilkan semua itu?

    Reply
  3. Rini Bin Md Pol says

    April 8, 2020 at 6:25 PM

    Saya telah bekerja sbg penyelia keselamatan di Gold Coast International Morib hampir 10 tahun,walaupun. xde bonus dn kenaikn gaji tahunan,namun dgn sedikit ot dn basic cukuplh dr xde.Tapi rsa terkilan bila gaji utk bln ini telah ditolak krn cuti PKP,saya .

    Reply
  4. jamizan says

    April 14, 2020 at 8:52 PM

    macam mana cara nak mohon
    ape laman web nye ..boleh saya tahu x

    Reply
    • Abang GYL says

      April 15, 2020 at 2:01 AM

      Boleh mohon menerusi Prihatin.perkeso.com.my

      Reply
  5. Yokuboitikaa says

    April 22, 2020 at 8:08 PM

    Mcm mana dgn yg gaji cuma 1200 sebulan... Klu majikan berdaftar, siapa yg dpt tu 600?apakah gaji masih sama?

    Reply
    • Abang GYL says

      April 23, 2020 at 11:40 AM

      Gaji masih sama. Cuma ia adalah bantuan kepada majikan

      Reply
  6. mariana says

    May 3, 2020 at 10:59 AM

    sy bekerja bahagian jualan alatan telwkomunikasi. spnjang pkp kami dbenarkan membuat online di rumah. kekadang ada, kekadg tiada. berbeza sebelum terjd covid-19.majikan pulak enggan mmberi gaji dn mndakwa kami perlu jual atau membuat sales mgikut hasil jualan. dgn jualan yg kurang memuaskn adalah kami bole lagi tak menwrima dr kjaan wang sebyk 600 itu lagi. kalau majikan enggan bagaimana pulak. maksud sy enggan memohon bg pihak pekerja spt kami

    Reply
  7. Nor says

    May 13, 2020 at 6:52 PM

    Majikan telah menerima wang tersebut utk diagihkan kpd pekerja sebanyak rm 1200 tapi majikan memotong sejumlah wang tersebut rm100+ untuk mereka dengan alasan utk bantu mereka. Bolehkah majikan berbuat demikian? Wujudkah peraturan begitu? Apa tindakan yang perlu dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan memotong wang bantuan tersebut?

    Reply
    • Abang GYL says

      May 14, 2020 at 2:14 AM

      Jawapan, tidak boleh

      Reply
  8. Ahmad afiq bin sadinol says

    May 20, 2020 at 9:26 PM

    *Adakah majikan sendiri yg menentukan pembayaran yg ingin dibuat bermula cth bln 3 atau bln 4 rm1200 tu? Atau pada bila2 masa?

    *Sekiranya gaji saya pada bln april cuma rm560 dan saya mempunyai pinjam sebanyak rm530
    Dan majikan sdh mulai membuat pembayaran rm 1200 dan saya tidak menerima sesen pn dengan alasan tolak pinjam bagaimana?

    *Ada semua money control rm1200 ditangan majikan?

    Reply
  9. mariana says

    May 22, 2020 at 1:42 AM

    majikan tidak langsung memohon utk kewangan perihatin yg kerajaan bg. malah tidak membyar satu sen pun. apa perlu sy buat. dgn suapan rasuah saja semua pihak atasan berdiam diri. sampai bila asyik melayu di tindas sebegini..

    Reply
  10. nur says

    May 23, 2020 at 4:44 PM

    majikan tlh mndapat bantuan subsidi upah.bagaimana pula bile perniagaan sdah mula beroperasi. duit subsidi upah yg masih berbaki lg 2bln. majikan perlu bg kpda pkerja tanpa ganggu gaji pkerja atau mcm mana.

    Reply
  11. Nur Hidayah says

    June 12, 2020 at 7:28 PM

    pemohonan ini memerlukan resume pekerja atau tidak?

    Reply
  12. Rethinavel A/L Thilagaraju says

    August 6, 2020 at 12:19 PM

    I'am a taxi driver and i'am contributing to PERKESO.Am i eligible to get any BANTUAN PRIHATIN PERKESO or SUBSIDI UPAH? pls reply ..tq..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev