• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Buat Lawak April Fool Pasal Covid-19 Boleh Kena Penjara

Buat Lawak April Fool Pasal Covid-19 Boleh Kena Penjara

April 1, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBANYAKAN negara sudah mengeluarkan amaran kepada rakyat masing-masing supaya tidak membuat jenaka atau menyebar berita palsu mengenai Covid-19 sempena hari April Fool (1 April), atau bersedia menerima hukuman penjara atau denda tunai.

Gergasi telekomunikasi, Google yang terkenal dengan lawak tahunan sempena April Fool membatalkan tradisi itu disebabkan pandemik Covid-19 yang mengorbankan kira-kira 40,000 nyawa setakat ini. Google memutuskan menghentikan tradisi April Fool tahunan kerana menghormati semua pihak yang sedang bertarung dengan pandemik tersebut.

"Matlamat tertinggi kami sekarang adalah membantu orang ramai, jadi simpan dulu lawak untuk April depan, yang pastinya akan menjadi lebih baik daripada ini," katanya dalam e-mel dalaman kepada kakitangan.

BACA >>> Kawasaki Ninja H2O - Motosikal Amfibia Bakal Lancar di Jepun Hujung Tahun Ini

April Fool_2
covid-192

Semalam, Thailand mengeluarkan amaran, sesiapa yang membuat jenaka mengenai virus tersebut sempena April Fool akan dihukum penjara hingga lima tahun.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen pula mengingatkan orang ramai supaya meneruskan budaya tersebut dengan memberi amaran mana-mana individu yang ditahan menyebarkan maklumat tidak sahih boleh dipenjara hingga tiga tahun atau denda hingga NT$3 juta (RM430,000).

Di India, unit keselamatan siber negeri Maharashtra mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang menyebarkan berita palsu pada April Fool. Kerajaan negeri itu juga tidak membenarkan sesiapa menyebarkan khabar angin atau panik dengan tanda pagar #Corona.

BACA >>> Kereta Langgar Pokok Sebab Brek Rosak, Tiga Petugas OP Covid-19 Cedera

india-covid19-1
israel covid
covid19-israel

Dengan tajuk ‘Korona Bukan Lawak’, Kementerian Kesihatan Jerman menggesa orang ramai tidak menyebarkan berita palsu mengenai virus berkenaan. Ini kerana ramai orang bergantung maklumat mengenai virus itu melalui Internet dan media yang dikhuatiri menimbulkan kesilapan maklumat.

Antara maklumat tidak benar tersebar di India adalah minum air kencing lembu, dan meletakkan bawang yang kononnya mampu mengelak jangkitan Covid-19. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap mitos itu sebagai 'infodemik' yang boleh meningkatkan penularan virus berkenaan dalam kalangan individu yang lemah imunisasi badan.

BACA >>> Covid-19: Kenderaan Persendirian Boleh Keluar 6 Pagi - 10 Malam Sahaja

SUMBER: ChannelNewsAsia

Related

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: April Fool, April's Fool, arahan covid-19, Auto Terkini, Tsai Ing-wen, virus covid, wabak covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev