• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19

#ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19

March 19, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

728
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA dua cara terbaik mempertahankan diri daripada jangkitan wabak Covid-19 menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat (AS) iaitu:

  • Cuci tangan guna air dan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
  • Buat langkah nyah jangkitan pada permukaan yang banyak disentuh.

Di media sosial, ramai berkongsi tip menggunakan barangan pencuci atau pembersih kediaman untuk membunuh virus Covid-19. Bagaimanakah pula cara membasmi virus sama dalam kereta?

GUNA BAHAN PELUNTUR RUMAH?

korona sup kelawar
korona virus

Kabin kereta perlu segera dibersihkan jika anda atau ada penumpang menunjukkan simptom dijangkiti Covid-19, atau memang disahkan positif wabak itu. Pengarah Operasi Pusat Ujian Auto Consumer Report, Jennifer Stockburger menasihatkan kerja pembersihan perlu dibuat pada:

  • Stereng
  • Hendal pintu
  • Tombol gear atau tuil penukar gear
  • Semua butang
  • Skrin sentuh
  • Wiper
  • Tuil signal atau lampu signal belok
  • Perehat tangan pemandu dan penumpang
  • Pemegang dalam kabin
  • Pelaras kerusi

Jika anda pemandu perkhidmatan e-hailing atau teksi, kerja menyah virus perlu dilakukan lebih kerap, atau secara harian. Seperti disebutkan awal tadi, memang ada bahan pencuci rumah boleh digunakan untuk membunuh virus Covid-19, tetapi pada masa sama ia juga boleh merosakkan material kabin.

Menurut CDC, bahan pencuci dengan kandungan alkohol sekurang-kurangnya 70 peratus adalah paling berkesan menghapuskan virus Covid-19.

isopropil-alkohol-1
isopropil-alkohol-2

Pengarah Eksekutif Inovasi Global Yanfeng Automotive Interiors (Yanfeng), Jeff Stout pula berkata, kebanyakan bahagian dan hampir semua permukaan dalaman kabin boleh dibersihkan menggunakan isopropil alkohol (isopropyl alcohol).

Yanfeng ialah pembekal bahagian dalaman automotif terbesar dunia dan pernah bekerjasama dengan hampir semua pengeluar automotif gergasi. Menurut Stout, isopropil alkohol memang digunakan syarikat itu untuk membersihkan komponen kereta yang dihasilkan di kilang-kilang.

"Kami akan guna isopropil alkohol untuk bersihkan kotoran atau apa saja perincian akhir sebelum buat penghantaran produk," katanya.

Semua produk Yanfeng, menurut Stout, dari trim plastik hingga cat krom dan material kulit tiruan, diuji untuk memastikan komponen tidak mengalami degradasi dengan menggunakan pencuci isopropil alkohol tulen.

Menurutnya lagi, permukaan kabin boleh dilap dan dicuci menggunakan kain khas upholsteri dengan alkohol. Apa yang penting jangan gunakan dua bahan di bawah ini untuk mencuci kabin walaupun terbukti dapat membunuh virus Covid-19:

  • Peluntur
  • Bahan pencuci mengandungi hidrogen peroksida

Ini kerana selain membunuh Covid-9 atas permukaan kabin, bahan di atas itu juga boleh merosakkan upholsteri kereta. Seperkara  lagi, jangan gunakan pencuci dengan kandungan ammonia pada skrin sentuh kerana boleh merosakkan lapisan antisilau dan anticap jari.

SABUN DAN AIR PUN MAMPU NYAH KUMAN

Stephen Thomas
Stephen Thomas
Larry Kosilla
Larry Kosilla

Sabun dan air adalah cara paling mudah memusnahkan Covid-19. Virus koronavirus dikelilingi satu sampul lapisan perlindungan yang membolehkan ia menjangkiti sel lain. Jadi, apabila sampul itu dimusnahkan, virus itu 'tidak lagi bersenjata'.

Ketua Penyakit Berjangkit dan Pengarah Kesihatan Global di Universiti Perubatan Upstate di Syracuse, New York, AS, Stephen Thomas berkata, kita boleh buat terbaik dengan apa yang ada, termasuk sabun dan air pun boleh menghilangkan risiko (jangkitan Covid-19).

Presiden AMMO NYC, iaitu syarikat perapian kereta, Larry Kosilla berkata, sabun dan air memang selamat digunakan dalam kabin, khususnya fabrik atau material kulit lama yang mula merekah. Cuma jangan sental terlalu kuat.

Pengarah Kanan Pemasaran Katzkin, Dara Ward pula berkata, kebanyakan material kulit dan kulit tiruan dalam kereta ada lapisan uretana untuk perlindungan, tetapi selamat dicuci menggunakan alkohol. Namun, mencuci kulit dengan alkohol boleh menyebabkan kerosakan dan perubahan warna dalam jangka masa panjang. Katzkin ialah syarikat pembuatan material kulit kabin kenderaaan.

sabun-ivory-1
sabun-ivory-2

"Kami syorkan sabun Ivory (sejenis sabun buku) dan air untuk membersihkan kesan tompok dan tumpahan atas material kulit," katanya.

Selepas anda membersihkan permukaan kabin kereta, pastikan semua tisu atau kain lap yang tidak diperlukan dibuang ke dalam tong sampah. Jangan simpan dalam kabin kereta atau diselitkan di mana-mana.

"Selesai semua, anda perlu basuh semula tangan sebelum meneruskan pemanduan. Perkara nombor satu ialah cuci tangan anda," kata Kosilla.

SUMBER: ConsumerReports | KBB

Related

728
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AMMO NYC, apa nak buat, autotainment, Cara Cuci Kabin Kereta Kena Covid-19, Consumer Report, Covid-19, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev