• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Batcycle untuk Dijual, Bikin Guna Yamaha DS7 Siap dengan Sidecar untuk Robin

Batcycle untuk Dijual, Bikin Guna Yamaha DS7 Siap dengan Sidecar untuk Robin

March 17, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, motosikal Yamaha pernah diubah suai menjadi Batgirl Cycle untuk ditunggang gadis bertopeng kelawar di Gotham City dalam siri drama televisyen Batman pada 1960-an dulu.

Menurut laman 66batmania, motosikal ungu Batgirl itu dibikin daripada model YDS-5E yang dihantar Yamaha kepada Greenway Productions.

Batgirl Cycle
Yamaha YDS5-E

Jabatan Barangan Pentas Fox Studios di California melakukan kerja kustom dan hanya satu Batgirl Cycle dihasilkan. Selepas siri Batman dibatalkan, motosikal itu dipulangkan semula kepada Yamaha. Sehingga kini tiada siapa tahu apa terjadi pada streetbike ungu itu.

BACA >>> Tak Ikut Spesifikasi Atas Jalan, Batmobile Kena Tunda Polis Moscow

BATCYCLE DENGAN KABIN UNTUK ROBIN

Yamaha sekali lagi jadi jenama pilihan seorang individu yang berminat membikin motosikal replika Batcycle, siap dengan kabin sisi (sidecar) dan kereta kecil untuk Robin.

Motosikal itu ialah Yamaha DS7 250 (1972) yang diubah suai menjadi replika Batcycle dan kini ditawarkan untuk jualan pada harga AS$24,500 (RM104,820) di eBay. Menurut penjual eBay itu, kereta kecil dalam sidecar Robin tidak dipasangkan enjin, cuma tontonan semata-mata tetapi dibalut material kulit. Kalau hendak bergerak perlu dikayuh guna kaki.

DS7 250 standard dipacu enjin 250cc berkuasa 30hp dengan kelajuan maksimum 150kmj, manakala sistem transmisi jenis klac manual 5-kelajuan. Bagaimanapun, kelajuan sebenar model ini mungkin sukar dicapai kerana diberikan tambahan aksesori gaya Batman.

Yamaha DS7

Batcycle ini boleh ditunggang dan siap diselenggara. Cuma si penjual tidak mendedahkan terperinci tentang jenis penyelenggaraan tersebut. Motosikal ini juga tiada punat tekan mula (push start), dan perlu menggunakan penendang kaki untuk menghidupkan enjin.

Odometer Batcycle ini mencatatkan jarak tunggangan sejauh 15,527 batu (24,988km) dan kini berada di Rowlett, Texas, Amerika Syarikat (AS). Jika di luar AS dan berminat membelinya, anda perlu menanggung semua kos penghantaran dan tawaran dibuka  hingga 26 Mac ini sahaja.

BACA >>> LEGO Batman 1989 Batmobile Edisi Terhad Sempena Rai 30 Tahun Filem Batman

GALERI
batman 9
batman
batman 2
batman 3
batman 6
batman 4
batman 5
batman 8
batman 11
batman 12
batman 10
batman 13
batman 1
batman 7

SUMBER: RideApart | eBay | 66batmania

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Batcycle, Batgirl Cycle, Batman, eBay, Fox Studios, roda2, Yamaha, Yamaha DS5-E, Yamaha DS7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev