• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vespa S 125 (2020) Lancar di Filipina dengan Ciri Moden, Mesra Penunggang

Vespa S 125 (2020) Lancar di Filipina dengan Ciri Moden, Mesra Penunggang

March 10, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VESPA Filipina memperkenalkan Vespa S 125 (2020) baharu selepas selesai sesi tunggangan sarapan pagi bersama sekumpulan penunggang skuter itu ke Okada Manila.

Menurut laporan MotoPinas, Vespa edisi 2020 itu menerima banyak pembaharuan dari segi rekabentuk dan dilengkapi ciri lebih moden. Rupa depan kelihatan seperti dipakaikan tali leher dengan seragam baharu.

Lampu depan kini menggunakan teknologi LED, tetapi lampu siang (DRL) masih mentol halogen biasa. Instrumen meter lebih segar dengan panel skrin lebih besar dan paparan grafik lebih jelas. Paparan meter terdiri daripada spidometer dan skrin digital LCD.

BACA >>> Ketahui 8 Pembaharuan Vespa S125, Kini dengan Enjin i-GET

vespa-125s-filipna-2020-1
vespa S 125 4
vespa S 125

Pelana direka semula supaya lebih ergonomik, mesra penunggang bertubuh rendah, lebih tipis dan bentuk depan lebih tirus tanpa menjejaskan aspek keselesaan. Peg kaki penunggang dan pembonceng direka semula untuk meningkatkan keselesaan tunggangan

Swingarm turut diubah, kini ditempatkan atas kotak roller untuk mengurangkan geseran operasi. Frem Vespa S ialah rekaan terbaharu yang menggabungkan enjiin dan badan bersama damper absober untuk mengurangkan kesan getaran.

Vespa S 125 (2020) baharu dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan udara i-Get dengan sistem suntikan bahan api (FI) dan pemasaan tiga injap.

BACA >>> #BikinMotor: Vespa Primavera Gaya American Muscle untuk Ekstra Garang!

vespa-125s-filipna-2020-2
vespa-125s-filipna-2020-3

Ciri lain Vespa S 125 (2020) ialah sistem penggera antikecurian, kotak pemuka (glove box) untuk simpanan barang kecil, palam USB untuk mengecas telefon atau peranti kecil. Ada lima pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Grey Titanio (kelabu)
  • Yellow Sole (kuning)
  • White Innocenza (putih)
  • Black Vulcano (hitam)
  • Blue Vivace (biru)

Vespa S adalah model tribut kepada Vespa pertama 1946 yang direka untuk kegunaan harian dengan personaliti serba ringkas. Harga jualan ialah 145,000 peso (RM12,020).

BACA >>> Didi Resources Ambil Alih Operasi Vespa di Malaysia

GALERI
vespa S 125
vespa-125s-filipna-2020-1
vespa S 125 4
vespa S 125 2
vespa-125s-filipna-2020-3
vespa-125s-filipna-2020-2
vespa S 125 1

SUMBER: MotoPinas

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, Vespa, Vespa Filipina, Vespa Philippine, Vespa S 125 (2020)

Comments

  1. Hafiez says

    September 5, 2020 at 11:20 PM

    S 125 ni tak masuk Malaysia ke. Minat dgn warna biru

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev