SATU rakaman video tular di media sosial apabila seorang pemandu wanita bersama anaknya ditahan sebuah kereta di tengah jalan raya.
Selepas menghalang laluan pemandu wanita tersebut, seorang lelaki keluar dari kereta depan dan meminta mangsa menyerahkan kereta kerana ada tunggakan ansuran bank yang katanya sudah 20 bulan!
BACA >>> Suspek Hentak Cermin Guna Parang Ditahan, Turut Disyaki Lakukan Jenayah Samun
Kelibat lelaki itu, yang mengaku sebagai tukang tarik kereta, nampak seakan mencurigakan. Pemandu wanita itu juga terkejut dan mujurlah dia bertindak pantas menguncikan kereta sebelum segera menghubungi suaminya.
APA PERLU BUAT KALAU KENA TAHAN?
Apa perlu anda buat jika mengalami situasi sama seperti dalam video di atas? Ikut tip di bawah ini:
- Jangan terus berhenti, cari ruang yang ada untuk melarikan diri dan segera ke balai polis berdekatan. Atau cari kawasan yang ada ramai orang.
- Elakkan buka pintu kenderaan anda. Sebaiknya, berkomunikasilah melalui tingkap yang hanya dibuka sedikit.
- Segera hubungi rakan dan keluarga terdekat untuk maklumkan insiden yang berlaku.
- Elakkan memandu di laluan yang lengang atau kurang dilalui pengguna jalan raya lain. Lebih-lebih lagi jika memandu sendiri.
Sebagai pemilik kenderaan, anda mesti tahu dan peduli tentang ansuran bulanan yang perlu dibayar. Tidak perlu panik dan gelabah.
Jika benar ada tunggakan, anda sendiri akan tahu risiko dan kemungkinan disapa tukang tarik kereta. Begitu juga sebaliknya. Jika memang tiada tunggakan, memang anda alasan kuat untuk rasa curiga dan panik! Apapun, bawa bertenang.
BACA >>> Penyamun Kereta Mewah Menyamar Tarik Kereta, Cabut Pagar Rumah
ETIKA TUKANG TARIK KERETA
Berikut infografik dikongsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai etika yang perlu dipatuhi ejen pemilikan semula (EPS) atau tukang tarik kereta berdaftar. Etika tersebut merangkumi:
- Wajib ada permit tarik kereta yang sah.
- Tidak dibenarkan masuk premis persendirian kecuali perintah mahkamah.
- Mesti berpakaian kemas, dan tidak gunakan kekerasan.
- Laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kereta ditarik.
Individu di bawah EPS memang terikat dengan undang-undang, peraturan, terma dan syarat, dan kod etika ditetapkan. Jika se,mua etika itu tidak dipatuhi, memang ada kebarangkalian dia ialah ejen palsu dan ada niat buruk untuk melakukan jenayah.
KERETA TAK BOLEH BOLEH KENA TARIK KALAU...
Sebenarnya, bank juga terikat dengan etika yang perlu dipatuhi bagi melindungi keselamatan EPS dan pemilik kenderaan. Ingat, bank TIDAK BOLEH tarik kenderaan anda sekiranya:
- Ansuran pinjaman sudah lebih 75 peratus, kecuali perintah mahkamah.
- Kenderaan anda berada dalam kawasan kediaman berpagar (premis persendirian).
- Pada hari cuti umum.
- Selepas jam 9 malam.
Namun, jika ansuran kereta anda memang sudah lama tertunggak, tidak perlulah berlagak tenang dan berlakon sebagai mangsa. Segerakan bayaran atau serahkan kunci kepada tukang tarik kereta.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Kereta Perlu Ada Sistem Suspensi?
SUMBER: Twitter | Facebook KPDNHEP
bill nigel says
sy telah berjanji dgn pihak bank utk menglangsaikan kesemua tunggakan pada hari isnin namun agen kutip kereta menghalang kereta sy pada hari isnin tersebut sebelum sy sempat mmbayar bank. adakah keadaan ini sepatutnya berlaku...? agen kutip kereta juga mempunyai ro...adakah ini melibatkan org dalaman bank...?