• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 91 Pemandu Biadap Guna Lorong Kecemasan Dapat Notis JPJ!

91 Pemandu Biadap Guna Lorong Kecemasan Dapat Notis JPJ!

May 30, 2016 By Abang GYL 2 Comments

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Lorong KecemasanTERIMALAH akibatnya menggunakan lorong kecemasan! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis temu siasat terhadap 91 pemilik kenderaan yang didapati bersalah menggunakan korong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS, Melaka, Ahad lalu sehingga menghalang laluan ambulans.

Menurut laporan Bernama, kesemua notis itu dikeluarkan oleh JPJ Melaka setelah selesai siasatan terhadap rakaman video orang ramai.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancang dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, kesemua pemilik kenderaan terlibat diberi tempoh 14 hari untuk tampil ke pejabat JPJ dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

" Kami menghantar notis ke alamat pemilik yang didaftarkan melalui nombor pendaftaran dan sekiranya mereka tidak terlibat dengan perbuatan itu, perlulah membuat laporan polis untuk disiasat.

" Mereka yang terlibat boleh dikenakan kompaun sebanyak RM3000 atau didakwa di mahkamah yang boleh didenda sebanyak RM2,000 jikat sabit kesalahan," katanya.

Pada Ahad lalu, sikap pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS berhampiran Melaka telah mengakibatkan ambulan lewat tiba di tempat kejadian.

Pasukan keselamatan yang sepatutnya tiba dalam masa 20 minit terpaksa mengambil masa sejam kerana sikap pemandu yang mementingkan diri.

Wahai pengguna jalan raya, jangan pentingkan diri anda sehingga menyusahkan orang lain. Ingat, lorong kecemasan hanya untuk kecemasan sahaja!!!

https://youtu.be/0ZiSDPgUbXk

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, KM228 Lebuhraya PLUS, Lorong Kecemasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev